Rembrandt Lighting


  • Sumo
Bagi jurugambar yang sering melakukan kerja-kerja potraiture di studio mereka tentu biasa dengar istilah Rembrandt Lighting. Istilah ini diambil bersempena dengan nama pelukis dari Belanda iaitu Rembrandt yang sering menggunakan teknik cahaya ini di dalam lukisan potretnya.
Ianya boleh didapati dengan samada: (1) satu sumber cahaya atau (2) satu sumber cahaya (key light) dan satu reflector ataupun (3) dua sumber cahaya (satu key light dan satu fill light). Penambahan sumber cahaya lain seperti backlight/backround lighting adalah atas pilihan masing-masing. Rembrandt lighting membentuk satu segitiga kecil pada bawah mata subjek disebelah yang lebih gelap. Saiz segitiga ini pula lebarnya adalah kurang dari lebar mata dan panjangnya kurang dari batang hidung.
Untuk menghasilkannya kebiasaannya key light akan diletakkan agak tinggi dan lebih kurang 45 darjah didepan subjek. Reflector atau fill light pula diletakkan bertentangan dengan key light. Reflector atau fill light ini diletakkan pada separuh ketinggian dan juga separuh kekuatan berbanding key light. Dengan setting sebegini sebelah muka akan cerah manakala sebelah lagi satu agak gelap. Cahaya berbentuk segitiga atau diamond shape akan terbentuk di bawah mata.
Rembrandt lighting paing sesuai bagi subjek dengan muka berbentuk bulat bagi menambah definasi dan memberi slimming effect pada wajah.
Rembrant lighting setup dengan reflektor

Rembrant lighting setup dengan reflektor

Rembrandt lighting setup

Rembrandt lighting setup

10410425_971119542898456_6982809062380053737_n

rembrandt lighting 03

Rembrandt Lighting

Rembrandt Lighting

rembrandt lighting 05rembrandt lighting 06