
Perkahwinan Dua Pasang Pengantin
Ada pelanggan yang bertanya saya jika majlis perkahwinan yang melibatkan dua pasangan pengantin saya caj macam mana? Soalan yang sama juga ada ditanya oleh beberapa jurugambar terutama yang baru berkecimpung dalam bidang ini.
Jawapannya mudah sahaja. Jika cover untuk dua pasangan, maka caj adalah dua kali caj yang biasa anda ambil. Dengan kata lain harga kira untuk dua pakejlah.
Sebabnya adalah seperti di bawah:
- Sekurang-kurangnya dua jurugambar diperlukan. Seorang akan ditugaskan untuk setiap pasangan. Jadi shot tidak akan bercampur dan mudah untuk tugas-tugas post processing. Ini juga dapat memastikan setiap jurugambar memberi tumpuan kepada satu pasangan dan tidak terlepas momen-momen penting.
- Kebiasaannya majlis perkahwinan dua pasang serentak akan disediakan dua set pelamin. Jadi fotografi bersama keluarga, dengan rakan-rakan serta saudara-mara akan dilakukan di set masing-masing. Maka sudah tentulah perlunya ada dua jurugambar bertugas.
- Pengantin juga akan bergambar berdua di pelamin dengan pose-pose yang diinginkan. Jika hanya seorang jurugambar ianya akan memakan masa yang lama.
- Setelah selesai majlis, kebiasaannya akan ada sesi fotografi luar atau outdoor. Bergantung kepada setiap pasangan, ada yang mahu ke tempat yang berasingan. Namun tak dinafikan ada juga yang mahu ke lokasi yang sama. Walau apa pun pilihan mereka, adalah perlu untuk menyediakan seorang jurugambar bagi setiap pasangan agar shot-shot yang dihasilkan ada kelainan.
- Akhir sekali, album yang dihasilkan adalah berbeza bagi setiap pasangan. Maknanya akan ada dua set album eksklusif untuk setiap pasangan.
Foto dari majlis perkahwinan Farah & Amirul dan Hafiz & Najwa. Farah dan Hafiz merupakan adik-beradik.
Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707