Roti Gardenia, PKP dan Majlis Perkahwinan


  • Sumo

Diam tak diam sudah hampir dua bulan kita berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan ataupun PKP. Semuanya gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Ianya akan menjadi salah satu sejarah hitam dunia dengan jumlah jangkitan setakat 3 Mei 2020 adalah 3.3 juta dengan kematian melebihi 238 ribu orang.

Banyak aktiviti dan rancangan yang tidak dapat dijalankan kerana perintah kawalan ini. Majlis perkahwinan juga terpaksa ditunda kerana perhimpunan ramai tidak dibenarkan.

Pada awal PKP ini antara salah satu komiditi yang paling hangat ialah roti gardenia. Kerana ianya menjadi antara makanan paling simple maka ia menjadi rebutan pada yang keluar membeli barang makanan. Pengeluaran tidak dapat menampung permintaan tinggi maka ramailah yang kecewa tak dapat roti gardenia.

Bercerita tentang roti gardenia teringatlah saya tentang satu majlis perkahwinan di Petaling Jaya sebelum PKP berlaku iaitu dipenghujung bulan Februari 2020. Ianya merupakan majlis perkahwinan Eca & Fit. Sebelum ini saya ada buat satu posting tentang majlis akad nikah mereka berkenaan Vivy Yusof & dUCk Scarf. Sila klik link. Kali ini saya cerita tentang roti gardenia pulak.

Apa kena mengena pula roti gardenia dan majlis perkahwinan mereka? Baiklah, yang uniknya ialah door gift yang diberi kepada tetamu majlis merupakan sebuku roti gardenia. Satu idea yang menarik. Setiap yang datang dapat bawa balik sebuku roti. Nak lebih menarik, roti tersebut diberi dalam gift pack.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707