Pengantin Lari Dalam Hutan
Kali ini saya na:k bawakan alkisah pengantin Salman & Husnina yang lari ke dalam hutan dihari bahagia mereka. Ini semua jurugambar saya Roh Hasril punya kerja! Dah nak kena menjawab pulak dengan keluarga kenapa pengantin ikut jurugambar lari?
Hehe.. jangan saspen. Sebenarnya dah banyak kali juga saya shoot di Taman Saujana Hijau tapi tak pernah pulak ambik perspektif sebagaimana yang digunakan oleh saudara Roh Hasril untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik ini. Itulah orang kata, setiap jurugambar ada kelebihan mereka masing-masing. Mereka juga ada stail mereka yang tersendiri. Bagi saya bila saya assign jurugambar, saya tidak terlalu mengawal cara fotografi mereka. Saya biasanya cuma memberi sedikit guideline, memberi sedikit informasi gambar-gambar macam mana yang saya mahukan dan juga gambar-gambar apa yang perlu ada dalam flow sesuatu majlis perkahwinan.
Roh Hasril ni pun dah banyak kali shoot untuk saya dan setakat ini tak pernah mengecewakan.
- Pengantin: Husnina & Salman
- Majlis: Akad Nikah di Masjid Al-Hasanah, Bangi
- Majlis Resepsi di Dewan Sri Warisan, Bangi
- Jurugambar: Roh Hasril untuk @nikhamidiphoto
- Katering: NC Catering & Canopy
Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707