Bekerja Dengan Sanggar Masri Klasik…
Sudah agak lama rasanya tak bekerjasama dengan wedding planner yang specialize dalam perkahwinan bertemakan melayu/nusantara klasik ini. Kali terakhir saya bekerjasama dengan Sanggar Masri Klasik ialah pada tahun 2016 di pertunjukan fesyen anjuran Bahari Asyek.
Kali ini saya agak berbesar hati apabila pelanggan menghubungi saya dan memberitahu bahawa saya direkomen oleh Sanggar Masri Klasik. Alhamdulillah, dengan hanya mesej pendek melalui whatsapp pelanggan bersetuju menggunakan khidmat saya sebagai jurugambar dan juga meminta tambahan seorang videografer.
Sedikit tentang Sanggar Masri Klasik – ditunjangi oleh dua orang yang sangat gigih iaitu saudara Yazzi dan juga Wan Mohd Shukri atau Shuk. Semua majlis perkahwinan yang dijalankan oleh mereka bertemakan nusantara. Dari pakaian pengantin, pakaian dayang-dayang dan hulubalang, pakaian keluarga pengantin, aksesori, pelamin, dekorasi, usungan pengantin dan lain-lain lagi. Bahkan mereka juga turut membantu dalam mempersiapkan pengantin, menyiapkan dan memberi tunjuk ajar kepada keluarga pengantin atau rakan-rakan pengantin yang terlibat secara langsung dalam perarakan. Bukan itu sahaja, brader berdua ini juga akan berpakain lengkap ala pahlawan Melayu sepanjang majlis berlangsung. Memang cukup detail.
Berbalik kepada majlis tadi, ini merupakan majlis bertandang untuk Azfar dan Haniza yang berlangsung di Tanjung Malim, Perak (saya selalu keliru Tanjung Malim ni Perak ke Selangor?). Saya kongsikan serba sedikit gambar dari majlis tersebut. Post wedding photoshoot diadakan di homestay tempat keluarga pengantin perempuan menginap.
Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707