Profil Saya


  • Sumo

Saya adalah seorang jurugambar yang cenderung kepada fotografi perkahwinan dan juga potret. Berpengalaman di dalam fotografi perkahwinan semenjak 2007 dan telah merakamkan gambar-gambar perkahwinan untuk lebih dari 200 pasangan. Berpusat di Damansara saya banyak terlibat dengan fotografi perkahwinan di sekitar Lembah Kelang. Namun begitu telah banyak juga terlibat dalam fotografi perkahwinan di luar Lembah Kelang seperti Johor,Perak, Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Terengganu dan juga Kelantan.

Saya sebenarnya berkelulusan dalam bidang Accounting & Finance dari Brighton University, United Kingdom. Walaupun belajar dalam bidang tersebut, namun minat saya dalam bidang fotografi adalah amat tinggi. Namun demikian perkembangan dan kemajuan dalam fotografi adalah agak terbatas kerana kekangan kewangan. Harga peralatan fotografi ketika itu adalah amat tinggi. Apa yang mampu dimiliki hanyalah beberapa kamera digital kompak sahaja.

Kemajuan drastik dalam bidang digital fotografi telah membuka ruang yang lebih luas untuk saya mengembangkan minat saya. Ianya menyaksikan perkembangan pesat dan juga persaingan sihat dikalangan pembuat-pembuat kamera yang seterusnya menjadikan peralatan fotografi lebih mampu milik. Bermula dengan dengan DSLR pertama iaitu Canon 400D yang dibeli pada tahun 2006, saya mula mempelajari selok belok DSLR. Kebanyakannya saya belajar melalui pembacaan, bertanya kawan-kawan dan mencuba.

Wedding pertama yang saya shoot ialah perkahwinan sepupu saya, Nik Zulfazli di Sepang. Tapi pada ketika itu saya bukanlah official fotografer, cuma sebok-sebok. Wedding yang kedua ialah adik saya sendiri – juga bukan sebagai offical fotografer.

Setelah membiasakan diri dengan suasana dan tekanan wedding fotografi saya mula memberanikan diri untuk lebih serius dalam bidang ini semenjak 2007. Pada tahun 2007 itu jugalah saya kenal saudara Radzi Zin iaitu partner saya dalam Pixelworks Photography & Design. Dari beliaulah saya banyak mempelajari tentang selok belok dunia fotografi. Sejak dari itu everything is history hinggalah kehari ini.