Akad Nikah PKP – Atifah & Zuhri


  • Sumo

Ini adalah majlis akad nikah yang pertama saya rakamkan dalam suasana PKP. Ketika itu buat pertama kalinya PKP baru saja diisytiharkan di seluruh negara akibat penularan wabak Covid19. Namun pasangan pengantin ini dapat juga menjalankankan akad nikah dalam suasana SOP yang ketat dan hanya dihadiri tidak lebih 20 orang pada waktu itu.

Majlis telah diadakan pada tarikh 20 Mac 2020 di rumah pengantin dalam suasana yang cukup ringkas. Majlis resepsinya pula hanya dapat diadakan kira-kira enam bulan kemudian iaitu pada 26 September 2020.

Walau apa pun, semuanya telah selamat dan semoga pasangan Atifah & Zuhri berbahagia hendaknya.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707