Fashion Photography – Tudung Kanak-kanak


  • Sumo

Selain dari fotografi perkahwinan saya juga menerima permintaan untuk membuat fotoshoot fesyen. Untuk posting kali ini saya memaparkan gambar-gambar yang diambil untuk Safiyah Collection. Produk kali ini merupakan koleksi tudung kanak-kanak yang diusahakan oleh pasangan muda iaitu Encik Sani dan isterinya Puan Nieza. Model yang ditampilkan pula tak lain dan tak bukan ialah anak-anak mereka sendiri. Yang besar tu Nasuha dan si kecil tu Safiyah.

Memang agak mencabar juga bekerja dengan model kanak-kanak ni. Untuk sesi kali ini kerana ianya melibatkan kanak-kanak saya terpaksa memulakan sesi agak awal iaitu kira-kira pukul 8 pagi. Ini bagi mengelakkan cuaca panas yang pastinya tidak baik untuk kanak-kanak dan juga bagi mendapatkan cahaya yang saya kehendaki. Di sini saya paparkan sedikit aksi-aksi mereka untuk anda.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi tudung mereka boleh hubungi mereka di facebook Tudungsafiyah.

Jika ada yang berminat untuk membuat produk photoshoot boleh hubungi jurugambar di 0173749707.

img_0277-edt-c-fb img_0318-edt-c-fb img_0354-edt-e-fb img_0377-edt-c-fb img_0444-edt-c-fb img_0474-edt-c-fb img_0557-edt-d-fb