Syawal 1437 Hijrah Fashion Showcase by Bahari Asyek – Segmen 1
Selain dari mengambil gambar untuk majlis perkahwinan, saya juga melibatkan diri dalam fotografi untuk dunia fesyen. Dengan perkembangan pesat dalam industri fesyen di Malaysia, ianya merupakan satu subjek fotografi yang amat menarik untuk dirakam dengan kamera.
Baru-baru ini saya telah diberi peluang untuk menjadi jurugambar rasmi oleh butik pakaian tradisional Bahari Asyek untuk Fashion Showcase mereka bersempena dengan Syawal 1437 Hijrah (2016 Masihi) yang bakal menjelang tak lama lagi. Showcase tersebut telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam.
Sebanyak 30 pasang pakaian diperagakan untuk pertunjukan tersebut yang mana ianya dibahagikan kepada 3 segmen. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakaian yang diperagakan jangan hubungi saya sebaliknya sila kunjungi butik Bahari Asyek yang bertempat di Lot F 10C, Tingkat 1, Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam iaitu bersebelahan dengan Hotel Concorde Shah Alam.
Semua foto oleh Nik Hamidi. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat saya sebagai jurugambar bagi sebarang pertunjukan fesyen sila call/whatsapp di 0173749707 atau 0163937067.