Potret Fotografi – Split Lighting


  • Sumo

Split lighting merupakan satu corak pencahayaan dengan model betul-betul menghadap kamera. Dengan cara ini wajah akan terbahagi dua pada satu simetri. Sumber cahaya pula adalah pada posisi 90 darjah di sisi subjek samada dari kiri atau kanan yang akan menjadikan ini satu bahagian menerima cahaya yang cukup manakala satu bahagian lagi berada dalam samar/gelap. Split lighting biasanya digunakan dalam penghasilan potret yang dramatic – mungkin untuk artis, ahli muzik atau ahli sukan. Sifat pencahayaan ini adalah agak maskulin dan lebih sesuai bagi model lelaki. Namun begitu ianya cuma satu pendapat dan bukanlah satu peraturan yang wajib diikuti.

Diagram 1 di bawah menunjukkan split lighting menggunakan sumber cahaya asli iaitu matahari dengan model berdiri disebelah tingkap. Bahagian kiri model berhampiran tingkap akan ekspos kepada cahaya manakala bahagian kanan model akan berada di dalam bayang.

Split light juga boleh dihasilkan di dalam studio dengan menggunakan lampu studio mahupun lampu biasa. Dalam Diagram 2 di bawah reflektor diletakkan di bahagian bertentangan dengan sumber cahaya utama bagi mengurangkan bayang. Ianya boleh juga dilakukan tanpa reflector yang akan menghasilkan bayang yang lebih gelap. Itu bergantung pada citarasa masing-masing dan hasil yang anda inginkan.

Selamat mencuba!

Diagram 1

Diagram 1

Diagram 2

Diagram 2

split light 02 split light 01