
Majlis Bertandang Zehan & Aiza
Pada 31 Mei 2014 saya telah menyelesaikan tugasan untuk fotografi perkahwinan Zehan dan Aiza di Temerloh, Pahang. Majlis perkahwinan tersebut merupakan sambutan untuk sebelah Aiza iaitu majlis akad nikah dan resepsi yang dilangsungkan satu hari. Anda boleh lihat link tersebut di sini.
Majlis bertandang sebelah lelaki hanya dilangsungkan kira-kira tiga setengah bulan kemudian iaitu pada Hari Malaysia, 16 September 2014. Majlis berlangsung di Taman Andalas Permai, Kelang. Pada pengamatan saya lah kan, bagi majlis bertandang sambutan boleh dikatakan agak meriah jugak. Ini mungkin disebabkan Zehan merupakan anak sulong – kiranya mak ayahnya terima menantu pertamalah ni. Perarakan pengantin diiringi oleh kumpulan pancaragam Scottish airbag – kalau tak silap saya dari Sekolah Tinggi Kelang.
Macam biasa, di penghujung majlis kami bergerak ke lokasi outdoor. Mula-mula kami cuba ke Taman Botani, Kelang. Tapi malangnya tak jumpa lokasi yang saya inginkan. Dulu pernah sampai ke lokasi menarik di situ tapi lupa nak mark dalam Waze. Bila nak datang sekali lagi terus tak jumpa spot yang sama. Untuk tidak melengahkan masa saya mengambil keputusan membawa pengantin ke Bukit SUK di Shah Alam.
Penatlah nak taip panjang-panjang. Saya share gambar ajelah ya. Jom layannn….
Jurugambar Perkahwinan: Nik Hamidi | 017-3749707/016-3937067
Jurusolek Pengantin : Beauty Culture