Fotografi Perkahwinan di Temerloh & Mentakab


  • Sumo

Baru-baru ini sekali lagi saya berpeluang balik kampung untuk menjadi jurugambar satu majlis perkahwinan di Temerloh. Pasangan pengantin saya pada kali ini adalah Juhaiza & Edzhan. Majlis berlangsung di Kampung Buntut Pulau. Di Temerloh ni memang ada beberapa kampung dengan nama yang eksotik. Selain dari Buntut Pulau ada juga Kg Bukit Pak Silap, Mambang Berulang dan Busut Jin. Macam mana asalnya nama Kg Buntut Pulau ni tidaklah pula saya ketahui. Dah cuba google tapi tak jumpa. Kalau sesiapa yang ada maklumat tentang asal-usul nama tersebut boleh lah inbox saya ya.

Kg Buntut Pulau terletak di tepi Sungai Pahang. Kampung-kampung sekitar Sg Pahang ini memang terkenal dengan ternakan ikan patin sangkar. Ikan patin sangkar rasanya jauh lebih lazat berbanding ikan patin yang dipelihara di dalam kolam. Rumah pengantin terletak kira-kira 100 meter dari tebing sungai. Saya tiba dalam pukul 8.30 pagi kerana upacara akad nikah dan majlis bersanding diadakan pada hari yang sama. Ini bermakna akad nikah perlu diadakan awal. Mencari rumah pengantin tidaklah sukar kerana saya agak biasa dengan kawasan ini semasa kecil-kecil dulu.

Keseluruhannya perjalan majlis adalah lancar kecuali jurunikah yang tiba agak lewat membuatkan pengantin lelaki berpeluh-peluh menunggu. Selesai upacara akad nikah pengantin menukar persalinan untuk acara persandingan pula. Selesai majlis resepsi kami bergerak ke lokasi untuk outdoor foto pula. Tempat yang kami pilih merupakan lokasi favorite untuk pasangan pengantin dan juga jurugambar sekitar Temerloh dan Mentakab. Cuaca memang agak panas terik pada petang tersebut. Tapi apa nak buat, redah ajelah demi tugas. Haiza & Edzhan juga memberikan kerjasama yang baik dan ini memudahkan tugas saya.

Bagi pasangan pengantin di Temerloh & Mentakab, jika ingin menggunakan khidmat jurugambar perkahwinan boleh terus email saya di nikhamidi@gmail.com atau pun sms/whatsapp 017-3749707 atau 016-3937067. Saya berpusat di Damansara, Kuala Lumpur – namun kelebihan bagi pengantin di Temerloh & Mentakab ialah saya tidak mengenakan caj penginapan kerana dah macam balik kampung. Cuma perlu tambah sedikit caj pengangkutan yang minima. Bagi mendapatkan detail pakej fotografi perkahwinan boleh hubungi saya segera.

Aiza & Zehan - 31/05/14

Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14

Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14

Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14
Aiza & Zehan - 31/05/14