Majlis Cukur Jambul Fir Al Aamiin


  • Sumo

Semenjak berkecimpung dalam bidang fotografi saya telah beberapa kali berkesempatan membuat liputan untuk majlis cukur jambul bayi. Untuk kali ini saya berkesempatan meliputi upacara cukur jambul Fir Al Aamiin di Gopeng, Perak. Sebenarnya saya ke Gopeng untuk majlis perkahwinan Norehan & Azam. Norehan adalah emak saudara kepada Fir. Pada pagi tersebut diadakan upacara khatam Quran untuk pengantin perempuan. Selesai saja khatam Quran diadakan pula majlis cukur jambul. Sebenarnya ianya tidak ada dalam perancangan pakej fotografi pada hari tersebut. Tetapi ibu bayi tersebut (Aida) meminta saya untuk cover sekali majlis tersebut. Dapatlah saya job yang disangka-sangka ini. Alhamdulillah, rezeki saat akhir.

Majlis cukur jambul ini sebenarnya dilakukan dengan beberapa cara berbeza mengikut adat istiadat setempat. Apakah itu majlis cukur jambul? Cukur jambul merupakan adat menggunting rambut bayi buat pertama kali semenjak ia dilahirkan. Dalam sesetengah upacara rambut bayi digunting beberapa helai sahaja oleh para tetamu yang hadir. Ada juga yang membotakkan terus kepala bayi tersebut – tapi ianya perlu dilakukan oleh mereka yang mahir kerana takut akan melukakan kulit kepala bayi. Upacara cukur jambul ini sebenarnya adalah satu istiadat untuk memperkenalkan ahli keluarga baru kepada seluruh tetamu yang hadir terutama saudara-mara, sahabat handai dan juga jiran-jiran. Secara tak langsung ianya akan mengeratkan ikatan persaudaraan.

Upacara ini biasanya diadakan sebaik sahaja tamat tempoh berpantang iaitu selepas 40 hari. Majlis akan diketuai oleh orang alim atau tuan imam. Upacara akan dimulakan dengan alunan marhaban atau berzanji. Ada sesetengah keluarga membuat persiapan dan peruntukan yang lebih dengan mengadakan buaian yang dihias indah untuk meletakkan bayi semasa majlis diadakan. Bayi kemudiannya akan didukung oleh ibu atau bapa dan diarak berkeliling kepada para tetamu. Tetamu akan merestui bayi tersebut dengan memotong beberapa helai rambutnya. Rambut bayi akan diisikan ke dalam mangkuk berisi air atau pun ke dalam buah kelapa muda yang tersedia. Tujuan sebenarnya adalah untuk mengelakkan rambut dari berterbangan ditiup angin.  Disamping itu tetamu juga akan menyuapkan setitis air zam-zam ke mulut bayi. Satu lagi upacara yang biasa dilakukan ialah para tetamu menyuapkan kismis atau buah kurma ke mulut bayi – ada yang menamakannya sebagai membelah mulut.

IMG_7171 edt

Antara bahan-bahan untuk majlis cukur jambul adalah sebiji kelapa yang ditebuk dan tidak dibuang airnya bagi mengisi rambut bayi agar tidak terbang; manisan seperti kurma, madu ataui kismis untuk membelah mulut bayi; air zam zam untuk dititis ke mulut bayi, daun untuk merenjis (biasanya daun pandan).

IMG_6977 edt

Bayi di dalam buaian yang dihias cantik

IMG_6983 edt

IMG_6989 edt

IMG_7003 edt

IMG_7017 edt

IMG_5714 edt

IMG_7012 edt

IMG_7036 edt

IMG_7060 edt

IMG_7105 edt

IMG_7164 edt

IMG_7175 edt

IMG_7129 edt

Nenek Fir Al Aamiin sedang merenjis

IMG_7212 edt

IMG_8013 edt

Jika berminat untuk menggunakan khidmat kami sebagai jurugambar majlis cukur jambul sila hubungi 017-3749707