© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Jurugambar Perkahwinan: Majlis Resepsi Idayu & Hafiz


  • Sumo

Nampaknya sesi jurugambar perkahwinan saya untuk bulan Mei dan Jun banyak tertumpu ke Negeri Sembilan pulak selain dari KL. Dah rezeki nak ke sana agaknya. Kali ini saya ke Kota di Negeri Sembilan untuk majlis resepsi Idayu dan juga Hafiz. Upacara akad nikah telah diadakan pada malam sebelumnya yang diliputi oleh rakan saya saudara Hairul Ikmal.

Saya bertolak dari KL pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Dengan bantuan peralatan GPS tiada masalah untuk saya mencari rumah pengantin. Apatah lagi beberapa helai bunting penunjuk arah telah tersedia.

Kali ini suasana kenduri di kampung pulak ya. Dan seperti yang dijangka bila kenduri-kendara di kampung jarang yang nak gunakan katering.  Suasana semestinya lebih meriah dengan gotong royong masak memasak.

Pada hari ini pengantin memakai baju berwarna peach. Manakala bilik tidur pula dihiasi dengan warna pink. Idayu merupakan sepupu kepada customer saya pada hujung tahun lepas iaitu Azlyn.

Ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang. Sekali imbas saya tengok Hafiz ni macam Eizad Exist pun ada, cuma Hafiz lebih tinggi. Kedua pengantin diarak ke perkarangan rumah di mana mereka kemudiannya dipersembahkan pula dengan acara tarian cincin. Tarian cincin amat popular di Negeri Sembilan yang mana sipenari memakai besi yang berbentuk seperti cincin di jari telunjuk pada kedua-dua belah tangan. Mereka kemudiannya akan memegang piring yang akan diketuk dengan cincin tersebut untuk menghasilkan bunyi yang mengasyikkan sambil diiringi nyanyian dan paluan gendang. Saya cuba juga mencari lebih maklumat tentang tarian ini di google tetapi tiada informasi yang saya temui. Jika sesiapa ada maklumat harap dapatlah berkongsi link dengan saya.

Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar. Menjelang jam 4 petang kami bergerak ke Muzium Raja Melewar, Astana Raja untuk sesi penggambaran outdoor pula. Seperti yang dijangka muzium ini memaparkan ciri-ciri Minangkabau dari segi senibina, peralatan, pakaian tradisional yang dipamerkan dan banyak lagi.

Sesi penggambaran ditamatkan setelah hampir dua jam kami di sana. Terimakasih kepada Idayu dan Hafiz yang terpaksa bertungkus lumus dan begitu sabar serta sporting sepanjang sesi tersebut.

Akhir sekali… tak sah la kalau tak layan foto kahwin dulu. Jomm!!

idayu 428 edit1

idayu 002 edit1

idayu 008 edit1

idayu2 111 edit2

idayu 140 edit1

idayu 315 edit1

idayu2 182 edit2

idayu 391 edit1

idayu 394 edit1

idayu 397 edit1

idayu 414 edit1

idayu 423 edit1

idayu2 243 edit2

Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej fotografi bolehlah menghubungi saya di Pixelworks Damansara melalui 017-3749707 atau 016-3937067. Kongsikan posting ini dengan teman-teman dan saudara-mara anda. Sharing is caring!