© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Perkahwinan: Majlis Bertandang – Hisyam & Dr Nor Ashikin


  • Sumo

Majlis perkahwinan sebelah lelaki atau biasanya disebut majlis bertandang atau majlis menyambut menantu telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Tun Dr Ismail. Ini merupakan kali kedua berturut-turut saya berada di dewan ini. Seminggu sebelumnya saya telah menjadi jurugambar untuk majlis persandingan Azlyn & Roslan.

 

Berbanding dengan majlis diminggu sebelumnya, pada kali ini keadaan agak mencabar apabila sistem penghawa dingin di dewan ini mengalami masalah. Akibatnya pengantin terpaksa bersiap dalam keadaan yang agak panas. Make-up artist juga berpeluh-peluh menyiapkan pengantin. Keadaan ini berlarutan hampir sejam bila akhirnya juruteknik dewan tiba dan memulihkan sebahagian keadaan.

 

Namun begitu keseluruhan majlis berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Cuaca juga baik hingga ke petang.

 

Menjelang pukul 4.00 petang saya membawa pengantin untuk sesi fotografi outdoor disebuah taman rekreasi berhampiran yang dikenali sebagai Lembah Kiara Park. Ia merupakan sebuah taman rekreasi yang menarik. Dengan tasik, dikelilingi hutan rekreasi dan padang ianya menjadi tempat warga kota menghilangkan ketegangan. Apa yang menarik taman ini juga mempunyai sebuah jambatan gantung yang menjadi salah satu subjek menarik dalam fotografi perkahwinan saya kali ini.

 

Di sini saya muatkan beberapa gambar dari fotografi perkahwinan kali ini.

 
IMG_0961 editedw

IMG_1007 editedw

IMG_1371 editedw

IMG_1406 editedw

IMG_1421 editedw

IMG_1502 editedw

IMG_1507 editedw

IMG_1515 editedw

IMG_1519 editedw

IMG_1545 editedw

IMG_1547 editedw

IMG_1570 editedw

Bagi sebarang pertanyaan tentang pakej fotografi perkahwinan kami sila isikan maklumat di ruangan Contact Us. Kami juga mengalu-alukan sebarang maklum-balas tentang posting ini. Sila tinggalkan maklumbalas anda diruang yang disediakan dibawah.

 

Jurufoto/Editor : Nik Hamidi

Partner/Principal Photographer

Pixelworks Photography & Videography

6017-374 9707 / 6016-393 7067