© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Fotografi Perkahwinan – Uya & Rayza – Wedding Day


  • Sumo

Seperti yang saya janjikan dalam posting yang lepas, hari ni saya poskan pula foto perkahwinan Uya & Rayza dihari persandingan mereka pada 5 Feb 2012 iaitu tarikh yang sama dengan sambutan Maulidur Rasul.

 

Majlis persandingan telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Seri Semantan, Temerloh, Pahang. Sebagaimana majlis akad nikah, rakan-rakan awal-awal lagi dah standby untuk memberi sokongan padu. Ketika saya sampai sesi solek menyolek sedang diadakan. Tema warna pada hari perkahwinan ini ialah seakan-akan peach/cream/gold. Sangat menarik.

IMG_3443 edited1

IMG_3471 edited1
 

Selesai fotografi sesi make-up saya pergi ke dewan untuk cover sedikit persiapan persandingan dan suasana di sana. Konsep yang diterapkan menarik juga… ala-ala Bali sikit rasa saya. Dengan pelamin perkahwinan berbumbung dengan latar belakang putih dan peach. Lorong dari pintu masuk menuju ke pelamin pula disusun dengan payung di kiri-kanan.

IMG_3487 edited1
 

Di luar dewan pula diletakkan satu sudut untuk candy bar dan juga buku tandatangan pelawat – dua perkara yang semakin popular untuk majlis perkahwinan sejak kebelakangan ini.

IMG_3537 edited1

IMG_3932 edited1
 

Sementara itu, satu sudut di dalam dewan pula dijadikan sudut fotografi – satu lagi konsep yang semakin diminati sejak akhir-akhir ini.

IMG_3866 edited1
 

Ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang dan juga silat. Walaupun di tengah panas terik tetapi pesilat-pesilat tetap bersemangat membuat persembahan untuk pengantin. Sebagaimana lazimnya, selesai pertunjukan silat pengantin bersanding di pelamin dan diikuti acara makan beradab.

IMG_3597 edited1

IMG_3612 edited1

IMG_3647 edited1
 

Dalam pukul 4.00 petang kami bergerak untuk sesi outdoor di Taman Tasik Temerloh. Setibanya di sana saya agak terkejut dengan sampah-sarap yang banyak. Rupanya pada sebelah paginya ada pertandingan memancing dan sampah masih belum dikutip oleh Majlis Bandaran Temerloh – aduhh.. mencacatkan pemandangan. Namun kami berjaya juga mencari sudut-sudut yang menarik untuk sesi outdoor photography ini.

IMG_3974 edited1

IMG_3988 edited1

IMG_4007 edited1

IMG_4017 edited1

IMG_4052 edited1
 

Terimakasih juga kepada teman sekampung saya sejak kecil iaitu Jay yang sudi turun untuk menemani sepanjang sesi outdoor ini. Jay juga turut berkongsi sedikit sebanyak ilmunya. Kalau sesiapa nak tengok foto-foto cantik beliau bolehlah melawat RismaRizalIdris.com.

 

Keseluruhannya saya amat berpuashati dengan sesi fotografi pada hari ini. Satu teamwork yang baik bersama-sama dengan cinematography Pixelworks.

 

p.s. saya hanya sempat makan dalam pukul 3.30 petang, tapi memang berbaloi-baloi sebab hari kedua berturut-turut dapat makan patin tempoyak Temerloh…. dan patin hari ni lebih besar dari semalam.. burppp!!

 

photography & editing by

Nik Hamidi

Partner/Principal Photographer

Pixelworks Photography

017-3749707/016-3937067