Kek Perkahwinan Macarons


  • Sumo

Kek perkahwinan merupakan salah satu elemen penting dalam perkahwinan moden. Jika ditanya dari manakah aslanya tradisi ini, harap maaf sebab saya tak tahu dan tak arif dalam bab ini. Mungkin ianya sekadar ikut-ikutan dan akhirnya menjadi trend dalam setiap perkahwinan. Kebiasaannya dalam sesuatu majlis resepsi atau persandingan, upacara memotong kek perkahwinan akan diadakan selepas upacara makan beradab.

Kali ini saya nak highlight tentang kek perkahwinan dari majlis bertandang Aalif & Fareeza yang telah berlangsung di Pusat Komuniti Bukit Damansara. Memang unik dan cantik kek perkahwinan mereka. Ia dihias dengan susunan macarons pelbagai warna yang disusun berbentuk tirus. Saya pun lupa nak tanya pengantin dari mana kek tersebut ditempah. Banyak juga saya capture foto kek tersebut untuk ditatap bersama.

RcptnAalif-240 fb RcptnAalif-242 fb RcptnAalif-243 fb RcptnAalif-362 fb