Bali – Disember 2024 Part 1


  • Sumo

Alhamdulillah pada penghujung 2024 saya diberi peluang untuk cover satu company trip ke pulau peranginan Bali, Indonesia. Trip selama 5 hari 4 malam ke Bali sebenarnya agak pendek kerana perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain memakan masa yang agak panjang. Bukan kerana jaraknya, tetapi oleh kerana macetnya! Macet membawa maksud trafik jem dalam bahasa tempatan di sana.

Kami berlepas dari KLIA2 pada 20 Disember 2024. Macam biasa, Air Asia flight delay hampir sejam. Kami tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai pada pukul 7 malam (waktu Bali dan Malaysia tidak ada beza). Dari lapangan terbang (disebut sebagai Bandara dalam bahasa Indonesia yang bermaksud bandar udara) kami dibawa terus ke sebuah restoran di tepi Pantai Kedonganan. Nama restoran tersebut adalah Betari Bali Seafood. Mengikut perancangan asal kami sepatutnya menikmati makan malam di atas pasir pantai. Namun begitu sebaik sahaja tiba hujan dan angin melanda pantai tersebut. Terpaksalah kami berpindah ke meja di dalam restoran.

Untuk first part ni tak banyak gambar dari dslr yang saya rakamkan. Ini kerana baru sahaja nak keluarkan kamera, terpaksa dihambat oleh cuaca buruk. Jadi hanya dapat beberapa keping gambar sedang makan di dalam restoran tersebut. Sebetulnya, kebanyakan ahli rombongan pun dah berada dalam kepenatan.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show, travel photography atau private shoot anda boleh hubungi saya di whatsapp 6017-3749707