Rafiq & Atikah – Wedding Outdoor Photoshoot


  • Sumo

Maaf lah ya. Baru sempat nak sambung tentang majlis perkahwinan Rafiq & Atikah. Posting sebelum ini saya hanya paparkan gambar-gambar dari majlis resepsi mereka di Kompleks Sukan Sri Delima, Kepong. Kali ini kita lanjutkan pula kepada sesi outdoor photoshoot mereka pula.

Memang rata-rata pengantin hari ini akan meminta jurugambar perkahwinan mereka untuk mengadakan sesi fotografi outdoor. Kebiasaannya ini akan dijalankan sebaik selesai majlis resepsi. Lokasinya pula hasil perbincangan bersama antara pengantin dan jurugambar – kebiasaannya di lokasi yang berhampiran agar tidak membuang banyak masa tersekat di dalam trafik semasa perjalanan.

Bagi pasangan ini memandangkan majlis mereka di Kepong saya mencadangkan dua lokasi pilihan iaitu Taman Metropolitan Kepong (Taman Layang-Layang) atau Taman Tasik Perdana. Memandangkan Taman Layang-layang terkenal dengan reputasi susah nak dapat parking maka kami memilih Tasik Perdana Kuala Lumpur. Saya memang sangat familiar dengan tempat ini kerana selalu berjogging selepas waktu pejabat di situ. Jadi sedikit sebanyak saya tahulah selok-belok kawasan berkenaan.

Kawasan tasik ni memang cantik dan banyak port-port menarik untuk fotografi. Kalau nak round habis silap-silap setengah hari pun tak selesai. Untuk sesi outdoor ni saya hanya memilih 3-4 lokasi sahaja. Just enough untuk mendapatkan gambar-gambar yang saya inginkan.

Terimakasih juga kepada dua orang anak saudara Rafiq yang sudi menemani mereka dan membantu menjaga barangan pengantin semasa sesi fotografi outdoor tersebut.

Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707 atau 0163937067.