
Majlis Perkahwinan Rafiq & Atikah
Dalam tak sedar rupanya dah agak lama saya tak update blog ini. Bukannya malas, tapi masa memang tak mengizinkan. Memang bila masuk tahun 2018 hari tu saya berkobar-kobar dengan azam untuk update blog sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Tapi malangnya azam entah ke mana.
Baiklah untuk kick start semula habit yang susah nak dikekalkan ini, kali ini saya update sikit sekitar majlis resepsi perkahwinan bagi pasangan Rafiq dan Atikah. Majlis ini merupakan majlis bagi pihak sebelah lelaki. Sebelum hadir ke majlis ini saya sebenarnya tak tahu pun job ini adalah hasil recommendation rakan saya iaitu kakak pengantin lelaki. Bila dah sampai ke sana barulah saya tahu pengantin lelaki adalah adik beliau. Thanks Amiey Ahmad for the recommendation.
Majlis berlangsung di Kompleks Sukan DBKL, Seri Delima, Jalan Kepong. Kalau tengok rupa Rafiq ni chinese look kan? Haa.. memang la sebab mak dia berketurunan Cina. Ramai juga tetamu mereka dari keturunan Cina yang merupakan saudara mara dari sebelah ibunya. Jadi majlis ini nampak tersangatlah muhibah. Semoga negara kita terus aman makmur hendaknya.
Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di http://www.wasap.my/60173749707 atau 0163937067.