Majlis Resepsi Perkahwinan di Pullman Putrajaya
Dalam posting yang lepas saya ada kongsikan tentang majlis akad nikah dan juga outdoor photoshoot untuk pasangan Nadiah & Amran. Penutupnya untuk pasangan ini saya nak kongsikan gambar-gambar perkahwinan mereka sempena majlis resepsi di Pullman Putrajaya Lakeside.
Saya memang suka dengan rekabentuk hotel ini semenjak dari sesi outdoor lagi. Bilik untuk pengantin pula memang menghadap tasik dengan pemandangan Putrajaya. Sempat juga saya ambik satu dua shot ketika pengantin bersiap di bilik. Rekabentuk tangga berdekatan dengan ballroom juga sangat menarik. Habis saja majlis cepat-cepat saya tarik pengantin untuk mendapatkan beberapa shot mereka di tangga hotel tersebut. Dalam foto-foto yang dirakamkan, kami menggunakan sepenuhnya kecantikan interior design hotel tersebut agar ianya sentiasa diingati pengantin dan keluarga.
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada pihak keluarga Nadiah selaku tuanrumah, iaitu Encik Nasir dan Puan Shelida kerana mengambil berat tentang kebajikan petugas-petugas majlis tersebut. Seawal jam 6 petang kami dihidangkan makanan yang lazat-lazat di The B’s yang merupakan salah satu restoran hotel tersebut. Nampaknya untuk majlis resepsi kami boleh bekerja dengan senang hati sebab perut dah terisi. Jarang-jarang kami jurugambar mendapat layanan sebegitu baik dari tuan rumah.
Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.