
Majlis Akad Nikah Nadiah & Amran
Perkahwinan Nadiah & Amran merupakan salah satu majlis yang paling saya ingati sepanjang tahun 2016. Ianya berlangsung pada penghujung tahun dengan majlis akad nikah pada 17 Disember 2016 dan diikuti dengan majlis resepsi pada malam esoknya iaitu 18 Disember 2016.
Majlis akad nikah pada 17 Disember diadakan di Kelab Rahman Putra, Sg Buloh. Untuk majlis ini saya datang dengan team seramai 3 orang iaitu 1 fotografer dan 2 videografer. Antara yang paling saya ingati ialah semasa pengantin perempuan bersiap di rumahnya di Bukit Rahman Putra – terdapat beberapa orang rakan bukan Melayu berada di bawah sedang bersiap. Yang perempuan telah lengkap berbaju kurung sementara yang lelaki sedang struggle untuk mengenakan sampin. Saya sangkakan mereka orang tempatan, rupanya mereka semua datang dari Hong Kong semata-mata untuk meraikan majlis perkahwinan rakan mereka. Apparently they knew each other dari zaman belajar di United Kingdom. Saya pun turut membantu mereka memakai sampin serta butang baju Melayu. Walaupun agak kekok, tetapi tetap handsome dan anggun semuanya! :-P.
Tengoklah hasilnya dalam gambar-gambar yang terpapar di bawah.
Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.