Wedding Photoshoot – Seremban Revisited
Pengantin: Asfi & Shieyra
Majlis: Bertandang
Lokasi: Seremban
Jurugambar & editor: Nik Hamidi
Setiap kali mendapat job di Seremban saya pasti teruja untuk shoot di sana. Seremban meninggalkan banyak nostalgia dalam kehidupan saya. Ini kerana sejak di tingkatan 1 lagi saya membesar di asrama di Seremban sehinggalah saya menamatkan A-Level saya di sana. Kemudian di tambah pula setahun lagi bagi program twinning dengan universiti di United Kingdom.
Lokasi di sekitar Taman Tasik Seremban, Jalan Keliling, Jalan Penghulu Cantik, Alson Klana (masa saya di asrama kawasan ini merupakan lembah belukar tempat kami bermain bola) dan Jalan Aminudin Baki membangkitkan banyak memori dalam kehidupan zaman remaja. Selain kawasan sekitar Alson Klana, banyak juga kawasan lain yang dah berubah. Namun Seremban masih mengekalkan imejnya sebagai bandar dalam taman. Masih banyak kehijauan yang dapat dilihat.
Majlis bertandang kali ini agak ringkas tanpa pelamin. Hanya terdapat upacara makan beradab dan juga acara memotong kek. Selebihnya pengantin bermesra dengan tetamu yang hadir.
Untuk sesi outdoor pula saya memilih bangunan rumah putih di Jalan Dato’ Hamzah Seremban. Ini adalah bangunan lama yang memang popular di kalangan wedding photographer sekitar Seremban. Bangunan ini dibina pada tahun 1912 sebagai pusat pentadbiran British di Seremban.
Ia kemudian menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri sebelum ia berpindah ke Wisma Negeri pada tahun 1987. I kemudian diubahsuai menjadi Perpustakaan Awam Negari dan siap pada Mei 1989, sebelum dibuka kepada orang ramai pada Ogos 1989.
Bangunan itu memang unik dengan reka bentuk kolonialnya yang menjadi tarikan kepada pengunjung dan pelancong. Di hadapan bangunan itu terdapat sebuah tugu berwarna putih yang mana setiap tahun diadakan Hari Memperingati Pahlawan dengan turut dihadiri Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada masa itu.
Bangunan berkenaan telah diwartakan sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Penulis merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah, majlis korporat, portraiture, fashion show atau private shoot anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067.