
Majlis Akad Nikah Jun & Azhar
Setelah sekian lama tak update kerana kesibukan menyiapkan foto-foto perkahwinan pelanggan, kali ini saya sempatlah update sikit. Ni job selepas Hari Raya Aidilfitri tempoh hari iaitu seminggu lepas raya. Dah lama kan? Tapi baru sekarang sempat nak update di blog ni.
- Client: June & Azhar
- Majlis Akad Nikah
- Tarikh/Waktu nikah: 15 Julai 2016/ Lepas Isyak
- Lokasi: Dusun Tua, Hulu Langat
Pelanggan ni tempah slot kami kira-kira empat bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka. Saya ingat lagi appointment saya dengan mereka di Suria KLCC untuk menunjukkan hasil kerja dan menerangkan pakej-pakej yang saya ada. Setelah lebih kurang sejam melihat album-album foto perkahwinan terdahulu dan saya menerangkan pakej-pakej kami pun beredar. Ingatkan dah tak jadi, tup tup esoknya June whatsapp bagi tau dah masukkan booking deposit. Alhamdulillah.
Inilah dia sebahagian dari foto semasa majlis akad nikah.
Penulis: Saya merupakan jurugambar perkahwinan yang beroperasi di Damansara, Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan untuk fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi, aqiqah atau majlis korporat anda boleh hubungi saya di 0173749707 atau 0163937067. Nak whatsapp pun boleh.