Nina & Azizi – Post Wedding Photoshoot
Pada kebiasaannya setiap pakej fotografi perkahwinan saya datang bersama dengan free outdoor photoshoot pada hari yang sama dengan majlis. Tapi ada juga ketikanya pengantin meminta untuk mengadakan photoshoot outdoor di hari lain atas sebab-sebab tertentu.
Bagi pasangan Nina dan Azizi, majlis akad nikah dan resepsi mereka telah diadakan di Jengka, Pahang. Untuk sesi outdoor mereka ingin merealisasikan impian mereka untuk mengadakan photoshoot di Putrajaya. Untuk tidak menghampakan mereka sesi fotografi outdoor tersebut telah diadakan sepertimana yang diinginkan.
Ikuti hasil dari sesi yang dijalankan di sekitar Persiaran Perdana dan juga Masjid Sultan Mizan Putrajaya.
Nota: Penulis merupakan jurugambar bebas yang banyak menjalankan fotografi perkahwinan di sekitar Lembah Kelang. Selain itu juga cover majlis di Pahang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain lagi mengikut permintaan. Untuk pertanyaan tentang harga pakej sila call/whatsapp 0173749707.