Majlis Resepsi Nina & Azizi
Jika sebelum ini saya ada poskan tentang majlis akad nikah Nina & Azizi yang telah diadakan di Jengka, Pahang; kali ini saya nak kongsikan pula tentang majlis resepsi mereka. Majlis resepsi ini diadakan pada hari yang sama dengan akad nikah.
Sebaik selesai upacara akad nikah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Bandar Jengka, kami mengadakan sedikit sesi fotografi untuk ahli keluarga dan juga pengantin. Memandangkan majlis resepsi akan berlangsung selepas itu ianya dijalankan dalam situasi yang ringkas dan cepat. Selepas itu pengantin bergegas untuk persiapan bagi upacara resepsi yang diadakan di rumah pengantin perempuan.
Untuk majlis resepsi pengantin perempuan mengenakan persalinan kelabu. Pengantin lelaki pula memakai suit berwarna dark grey lengkap dengan vest dan juga bow tie. Segak! Saya rasa pengantin ini telah merancang dengan teliti kombinasi warna untuk majlis mereka. Ahli keluarga pengantin serta pengiring dan juga pengapit mengenakan pakaian berasaskan warna pink. Begitu juga set pelamin dan meja makan utama yang dihias kombinasi warna pink dan putih.
Sesi hari ini tiada outdoor kerana pengantin mengambil extra pakej untuk outdoor hari berlainan. Ini bagi mengelakkan keletihan dan juga mereka berhajat untuk mengadakan outdoor di Putrajaya.
Ok lah. Tak nak sembang banyak. Jom tengok gambar.
Penulis adalah principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang merupakan jurugambar perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).