Majlis Aqiqah Adam Rayyad – Adat Pijak Tanah


  • Sumo

Semasa saya meliputi fotografi untuk majlis aqiqah Adam Rayyad baru-baru ini saya berkesempatan melihat adat pijak tanah. Sebenarnya ia agak asing bagi saya kerana belum pernah melihat upacara sedemikian sepanjang saya bergerak sebagai jurugambar.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka menyebut adat pijak tanah adalah satu upacara memijakkan kaki bayi yang baru lahir dan kaki ibunya ke tanah pada hari yang ke-45 selepas bersalin. Ia juga disebut sebagai adat turun tanah. Namun begitu ada juga sumber yang menyatakan bahawa adat pijak tanah ini dilakukan bersempena dengan bayi sudah boleh berjalan.

Dalam majlis Adam Rayyad tuan rumah menyatakan ianya dilakukan sekadar suka-suka sahaja dan tiada niat atau ritual apa-apa. Sebuah dulang berisi tanah disediakan untuk upacara tersebut. Di atas tanah tersebut diletakkan pula duit syiling, rantai emas dan juga pending. Pada yang tak tau apa itu pending, ia adalah kepala tali pinggang (buckle). Menurut tuan rumah pending ini dikatakan berasal dari keturunan diraja Kelantan. Ketika upacara ini dilakukan bayi dipegang dan kakinya dicecahkan ke dalam dulang tersebut. Ringkas sahaja upacara yang dijalankan.


FA-AQ-229 edtws
FA-AQ-236 edtws FA-AQ-241 edtws

 

 

 

 

FA-AQ-167 edtws

Penulis adalah principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang merupakan jurugambar perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).