Street Art di Malaysia


  • Sumo

Sejak kebelakangan ini street art semakin popular di Malaysia. Jika dulu lukisan di dinding-dinding bangunan atau tembok-tembok tepi jalan sering dianggap sebagai vandalisma dan grafitti, kini pandangan masyarakat sudah berubah. Ramai yang sudah menerima dan menilainya sebagai satu seni yang menarik. Malahan ada syarikat korporat yang menaja projek street art ini. Antaranya ialah Petronas yang menaja projek street art di sekitar Kuala Lumpur. Projek dengan #tanahairku ini merupakan salah satu projek street art terbesar bersempena dengan sambutan kemerdekaan ke 57 Malaysia pada 31 Ogos 2014. Ia menampilkan 14 artis yang menyiapkan street art di 6 lokasi dalam masa seminggu.

Sebagai seorang jurugambar pula, saya memang sangat meminati street art ini. Street art dan rustic building sememangnya perfect match. Fotografi potret berlatarkan street art juga sangat menarik.

Antara lokasi street art yang menarik di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Dinding konkrit sepanjang Sungai Kelang berhampiran Kompleks Dayabumi –  Jika anda menaiki LRT antara  KL Sentral dan Masjid Jamek anda akan dapat melihatnya dengan jelas. Ini merupakan projek street art berskala besar yang terawal. Ianya dilancarkan pada tahun 2010 di bawah program KUL Sign Festival.
  2. Bangunan lama di Jalan Raja Chulan –  Ini merupakan salah satu projek #tanahairku street art oleh Petronas. Lukisan di dinding besar dengan imej seorang pemuda memegang wau ini adalah hasil kerja street artist Kenji Chai dan juga Loo Lok Chern.
  3. Dinding bangunan di Jalan Tun Tan Siew Sin –  Ini juga adalah sebahagian dari projek #tanahairku oleh Petronas. Dihasilkan dari usaha Muhammad Fakhrul dan Mohd Faiz.
  4. Leboh Ampang, Kuala Lumpur. Satu lagi projek #tanahairku. Kali ini ia menampilkan street art oleh `Kangblabla’ Julius Raja Manickam dan `Reeze’ Mohd Faris Azlan.
  5. Tasik Metropolitan Kepong (Taman Layang-layang). Street art dihasilkan di sekeliling rumah pam air. Ianya agak kurang diketahui oleh orang ramai.
  6. Laman Seni 7 di Seksyen 7, Shah Alam. Ia terletak di lorong belakang kawasan komersil di Jalan Plumbum. Ianya adalah inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menghidupkan lorong-lorong belakang menjadi lebih selamat, bersih dan indah. Peserta-peserta terlebih dahulu disaring oleh MBSA melalui satu pertandingan. Pemenang-pemenang kemudiannya diberi kebenaran untuk melaksanakan street art di kawasan tersebut.
  7. Laman Seni Seksyen 2, Shah Alam. Ia terletak di belakang 7-Eleven Seksyen 2. Laman Seni Seksyen 2 sebenarnya telahpun ujud lebih awal dari Seksyen 7. Ia juga adalah inisiatif MBSA.
  8. Penang Street Art. Ia merupakan pemangkin kepada aktiviti street art di Malaysia. Street art di Pulau Pinang telah bermula dengan pesat pada tahun 2012 di sekitar Georgetown. Lokasinya agak bertaburan di banyak jalan-jalan sekitar Georgetown. Antara yang terkenal adalah Boy on Motorcycle and Children on Bicycle. Kedua-duanya dilukis oleh street artist terkenal Lithuania Ernest Zacharevic. Satu lagi yang agak popular adalah lukisan oleh Julia Volchkova seorang artis dari Rusia yang menggambarkan seorang wanita India sedang berdoa.
  9. Petaling Jaya Street Art di SS2 PJ.
  10. Malacca Street Art. Memang ada banyak street art di Melaka. Jika anda menaiki Malacca River Cruise di sepanjang Sungai Melaka anda akan dapat melihat street art ini di kawasan sekitar. Antara yang popular adalah di kawasan belakang sekitar Jonker Walk, belakang Hard Rock Cafe dan Heeren Street. Salah satu street art yang paling menarik ialah imej orang utan yang besar di Jalan Tukang Besi.
  11. Ipoh Street Art. Kebanyakannya adalah dari hasil kerja Ernest Zacharevic. Ada 7 street art popular hasil karya pelukis tersebut. Ianya merupakan projek yang ditaja oleh Old Town White Coffee. Lukisan-lukisan tersebut ialah 1) Kids on Paper Plane 2) Ipoh Mining Town 3) Working Trishaw 4) Kopi O Peng 5) Girl on a Wall 6) Hummingbird 7) Old Uncle Drinking Coffee.
  12. Cek Mek Molek Street Art di Machang, Kelantan. Ini merupakan projek oleh pelajar UiTM, Machang.

Penulis merupakan owner dan principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang banyak terlibat dalam fotografi perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).

sg kelang

Street Art near Sg Kelang/Dayabumi

me&kenji

Penulis bersama street artis Kenji Chai bergambar di hadapan street art di Jalan Raja Chulan.

LebohAmpang

Street Art Lebuh Ampang #tanahairku

1499627_707511079259305_392528248_n

Street Art di Taman Layang-Layang

Laman Seni 7

Laman Seni 7, Shah Alam

seksyen 2

Laman Seni Seksyen 2, Shah Alam

Street Art Penang edt

Penulis bergambar di hadapan street art hasil kerja Julia Volchkova di Georgetown

penang2

Antara street art terkenal di Georgetown karya Ernest Zacharevic

armenian street penang

Satu lagi hasil karya Ernest Zacharevic di Armenian Street, Georgetown

ss2-petaling-jaya-street-art-locations-map

Penunjuk arah untuk lokasi wall art di Petaling Jaya

Malacca Street ARt 5 edt

Street art di belakang deretan kedai sepanjang Malacca River Cruise