Mas Kahwin dan Wang Hantaran Sama ke?


  • Sumo

Kepada mereka yang plan nak kahwin patut tahu tentang perbezaan antara mas kahwin dan wang hantaran. Adalah penting untuk tidak keliru antara mas kahwin dan wang hantaran.

Mas kahwin atau disebut juga sebagai mahar mengikut istilah syarak adalah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Mas kahwin ini wajib dibayar pada masa akadnikah sama ada berupa wang tunai atau hutang ataupun berupa sesuatu yang dapat dinilai dengan wang. [sumber rujukan: Jakim]. Sebab itulah dalam upacara akadnikah akan disebutkan jumlah mas kahwin tersebut dan juga cara pembayarannya sama ada tunai atau hutang. Jurunikah biasanya akan menyebut, “Aku nikahkan dikau Ali b Ahmad dengan Aminah bt Abu dengan mas kahwinnya RM30 tunai“.

Di Malaysia jumlah mas kahwin yang perlu dibayar adalah berbeza-beza mengikut negeri. Mengikut peruntukan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, mas kahwin hendaklah dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya dihadapan orangyang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan juga dua saksinya.

Namun begitu mas kahwin tidaklah termasuk di dalam rukun-rukun nikah atau syarat sahnya. Ini adalah sekiranya suami isteri tersebut bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar. Ianya tetap sah tetapi suami hendaklah membayar mahar misil. Kalau nak tahu lebih mendalam lagi silalah rujuk kepada maklumat dari Jakim.

Wang hantaran pula bukanlah sesuatu yang wajib dibayar tetapi lebih kepada hadiah dari suami kepada isteri mengikut jumlah yang telah pun dipersetujui. Tujuan pemberian wang hantaran ini menurut adatnya adalah bagi meringankan beban pihak pengantin perempuan dalam menganjurkan majlis perkahwinan. Jumlahnya adalah berbagai-bagai, biasanya mengikut status  pengantin perempuan dan latar belakang keluarganya. Tapi seeloknya biarlah berpada-pada.

Bilakah masanya wang hantaran ini akan diberi? Ada beberapa amalan sebenarnya mengikut budibicara keluarga pengantin. Ada yang memberi separuh wang hantaran ini lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum perkahwinan. Ini adalah bagi memudahkan pihak perempuan membuat persiapan kenduri. Bakinya diserahkan semasa majlis akad nikah. Ada juga yang menyerahkan semua wang hantaran semasa majlis akad nikah. Akhir sekali ada juga yang menyerahkan kesemua wang hantaran sebelum majlis. Biasanya sebulan atau dua bulan sebelum. Tapi cara yang akhir ni kena berhati-hati. Takut dah bagi semua tapi kahwin pula tak jadi. Jadi perlu ada persefahaman jika kahwin tak jadi apa langkah yang patut di ambil. Ini perlu dibincang semasa majlis bertunang.

IMG_9479-edt1

 

 

NoridahN-324 edtMajdiNikah-50 edtSo dah tau ni jangan confuse lagi ya.

Penulis merupakan owner dan principal fotografer untuk NikHamidi Photography yang banyak terlibat dalam fotografi perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan 2016 sila hubungi nombor 0173749707/0163937067 (whatsapp available).