13 Idea Papan Tulis (Papan Hitam) Untuk Majlis Perkahwinan
Jika pada zaman dulu-dulu papan hitam adalah sinonim dengan sekolah. Ia merupakan alatan mengajar yang paling utama. Kini fungsi papan hitam di sekolah-sekolah sudah ditukar kepada papan putih yang menggunakan marker pen sebagai alat tulis.
Namun begitu papan hitam ini tidaklah terus pupus. Ia kini digunakan dengan cara yang lebih kreatif. Dalam majlis perkahwinan, penggunaan papan hitam atau juga disebut papan tulis (orang putih kata chalkboard) secara kreatif dapat menampilkan dekorasi yang menarik.
Hasil dari pencarian di internet, di sini kami tampilkan untuk anda 13 idea menarik penggunaan chalkboard dalam majlis perkahwinan.
- Penunjuk nombor meja tamu
2. Tanda selamat datang – tetamu dapat memastikan mereka hadir ke majlis yang betul
3. Sebagai background untuk bergambar. Biasanya ini memerlukan papan tulis yang besar.
4. Memaparkan sejarah hubungan kedua mempelai
5. Memaparkan label hashtag – sesuai untuk media sosial seperti instagram, twitter dan facebook
6. Label untuk makanan
7. Memaparkan menu yang disediakan dalam majlis perkahwinan
8. Paparan program atau itinerari majlis
9. Label untuk reserve seat
10. Tag nama
11. Props semasa bergambar
12. Penunjuk arah kawasan sekitar majlis
13. Pengganti red karpet – idea ini mungkin agak ekstrem tapi mungkin boleh dilaksanakan.
Nota: Kesemua contoh diambil dari blog perkahwinan barat jadi mungkin terdapat wine dan beer di dalam menu. Sila aplikasikan mengikut kesesuaian bagi majlis perkahwinan tempatan.