Majlis Bertandang – Izhar & Hajar
Siapa kata di Jengka tak ada tempat cantik untuk outdoor?
Majlis bertandang ini diadakan di Felda Lepar, Jengka, Pahang. Seminggu sebelum majlis Izhar a.k.a. Along berjumpa dengan saya. Salah satu `masalah’ yang disebutkan ialah tak tau kat mana nak shoot outdoor. Katanya di Jengka mana ada tempat menarik. Saya bagi tahu dia, jangan risau sangat pasal tu. Nanti pasti ada tempat yang boleh shoot outdoor. Paling-paling tak pun boleh aje shoot dalam ladang getah atau ladang sawit.
Ini dia hasilnya kat bawah – photoshoot diadakan berhampiran kilang kelapa sawit. Baunya memang agak kurang memberansangkanlah. Tapi apa ada hal. Yang masuk album ialah gambarnya, bukan baunya.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej fotografi perkahwinan sila hubungi saya melalui talian 0173749707/0163937067 atau emailkan ke nikhamidi@gmail.com