7 Tips Mendapatkan Pose Menarik Bagi Pasangan Pengantin
13 likes
Semenjak melibatkan diri dalam fotografi perkahwinan semenjak tahun 2007 saya telah pun mengambil gambar untuk lebih dari 150 pasangan. Dari jumlah yang seramai itu tentunya mereka terdiri dari berbagai-bagai karakter. Ada yang kelakar, ada pemalu, ada yang pendiam, ada yang diam-diam ubi, ada yang peramah, ada yang suka ketawa, ada yang mudah senyum, ada yang sentiasa masam, adayang bad mood dan macam-macam lagi.
Ada pelanggan atau bakal pelanggan bila berbincang dengan saya dan melihat sampel hasil kerja saya mereka akan bertanya; “Cara-cara posing dan gaya semua ni abang akan ajar ke? Kami ni tak reti nak posing-posing”. Bagi saya itu adalah satu soalan yang sangat penting. Apabila kita mengambil gambar pengantin satu perkara yang kita seharusnya tahu ialah tidak semua pelanggan kita suka bergambar. Ramai, terutama yang lelaki adalah camera-shy. Ada diantara mereka yang kata, “Saya ni sebenarnya tak suka bergambar tapi mak ayah suruh juga cari fotografer untuk merakamkan gambar sebagai kenangan” – jadi mereka ni bergambar sebab terpaksa :-P. Kebiasaannya pasangan lelaki lebih kekok berposing depan kamera berbanding yang perempuan.
Jadi sebagai jurugambar antara perkara penting yang perlu dilakukan adalah untuk menjadikan pasangan tersebut selesa bekerja dengan kita. Berikut adalah beberapa cara untuk mewujudkan keselesaan tersebut:
- Break the ice – Interaksi awal sangat penting untuk `ice-breaking’ apatah lagi jika itu pertama kali anda berjumpa mereka. Mungkin anda boleh bertanya tentang latar belakang keluarga mereka, tentang pekerjaan, bercerita tentang hobi – topik paling mudah untuk ice-breaking. Mungkin juga anda boleh memuji tentang pakaian yang mereka pakai, tentang cantiknya kombinasi warna dan sebagainya. Hakikatnya, manusia akan lebih mudah mesra bila kena puji. ;-D
- Gunakan lens panjang – Lens yang agak panjang amat bagus untuk memulakan sesi fotografi. Letakkan pasangan tersebut ditempat yang anda mahukan, beri sedikit arahan tentang kedudukan mereka dan apa yang perlu mereka buat. Step back, dan mula merakam gambar mereka dengan lens tersebut. Dengan lens yang agak panjang, kedudukan anda dari mereka agak jauh. Ini dapat memberi keselesaan kepada mereka bagi memulakan fotografi. Biasanya bagi sesi sebegini saya akan memberitahu pasangan tersebut supaya mereka berinteraksi sesama mereka, tidak perlu melihat kamera dan anggaplah saya tiada disitu. Cara ini dapat menghasilkan potraiture yang lebih santai dan natural. Tentunya anda tidak mahu menggunakan lens yang sama sepanjang sesi tersebut. Tetapi adalah merupakan permulaan yang bagus untuk warm-up sebelum anda teruskan dengan close-up imej kemudiannya.
- Jangan terlalu mengikut skima posing – setiap pasangan mempunyai fizikal yang berbeza. Walaupun saya sudah ada idea di dalam kepala tentang posing yang saya inginkan tetapi saya tidak terlalu `stuck’ dengan posing tersebut. Saya akan ubahsuaikan gaya posing mengikut kesesuaian fizikal mereka dan juga lokasi. Yang penting jangan paksa mereka lakukan pose yang mereka tak selesa. Ini akan membuatkan mereka nampak kekok dan kaku.
- Jangan pandang kamera – ada setengah individu yang tidak selesa melihat kamera – poor eye contact. Dalam hal ini ia akan mewujudkan potrait yang tidak cohesive iaitu seorang tengok kamera dan seorang lagi matanya melilau entah kemana. Untuk mengatasinya biasanya saya menyuruh mereka melihat kepada sesuatu yang sama.Berikan simple instruction – contohnya “lihat lampu jalan di bahagian kiri”, “lihat buah kelapa kat atas pokok tu” atau “lihat kereta merah kat hujung sana”.
- Jurugambar jangan terlalu serius/berat mulut – Lemparkan senyuman, rajin-rajinlah menyapa tak kira lah pengantin ke, ibubapa mereka ke, adik-beradik, saudara-mara mahu pun sahabat handai. Keramahan dan tegur sapa anda akan mewujudkan kemesraan dan rasa selesa pelanggan.
- Observe keadaan pengantin – kerja kahwin adalah satu kerja yang memenatkan. Kadang-kadang ada pengantin yang berjaga sehingga pukul 3 – 4 pagi bagi memastikan segala persiapan beres. Dengan majlis resepsi hingga ke outdoor session tentu saja akan menambah keletihan mereka. Pastikan mereka membawa minuman secukupnya (air mineral). Disamping itu perhatikan keadaan mereka. Jika mereka kelihatan keletihan beri peluang pada mereka untuk berehat sebentar. Perkara terakhir yang kita mahu ialah pengantin pengsan.
- Bagi pengantin perempuan pastikan mereka membawa selipar/sandal untuk sesi outdoor terutama jika mereka memakai high heel. Ini bagi memudahkan mereka berjalan di lokasi dengan selesa dan tidak menyakitkan kaki.
Jika anda ragu-ragu sama ada jurugambar yang anda ingin pilih boleh melakukan perkara di atas segeralah hubungi kami. Dengan segala pengalaman yang kami anda tentunya pose anda tidak kekok dan kaku lagi. Jangan anda pulak yang tak boleh berenti berposing nanti, parah pulak kerja kami. Hehe. Our contact number adalah 0173749707 atau 0163937067.