Fotografi Potret: Broad Lighting dan Short Lighting


  • Sumo

Apabila kita mengambil gambar seseorang yang berdiri tidak menghadap tepat ke kamera maka akan ujud dua sisi pada wajah iaitu broad side dan short side. Broad side adalah bahagian wajah yang dekat dengan kamera manakala short side adalah bahagian yang jauh dari kamera. Broad light atau short light terhasil bergantung dari arah mana kita meletakkan sumber cahaya.

Broad lighting terhasil bila bahagian wajah yang hampir dengan kamera adalah lebih terang dari bahagian wajah yang jauh dari kamera. Short lighting pula adalah sebaliknya – iaitu bahagian wajah yang jauh dari kamera adalah lebih terang. Short lighting biasanya digunakan bagi menampakkan wajah seseorang lebih bujur dan tirus dari yang sebenarnya. Ianya sesuai untuk model bermuka bulat dan lebar untuk menampakkannya lebih slim. Namun jika wajah model sudah sedia slim dan panjang short lighting kurang sesuai digunakan. Sebaliknya gunakan broad light bagi kesan yang sebaliknya. Satu lagi kegunaan broad lighting adalah bagi menyembunyikan kekurangan pada wajah seperti parut, mata yang besar sebelah, jerawat dan sebagainya. Bahagian yang ingin disembunyikan ini diposisikan jauh dari kamera dan dibiarkan dalam keadaan gelap. Cara ini dapat meminimakan bahagian yang kurang fotogenik dari pandangan mata.

Sila rujuk diagram pencahayaan di bawah sebagai panduan untuk mendapatkan broad light atau short light. Selamat mencuba!

broad light 02

Broad Lighting Portrait

broad light 01

Broad Lighting Portrait

 

shortlight2

Short Lighting Portrait

Kallos Photography | Calgary Boudoir and Destination Wedding Photographer

Short Lighting Portrait

Broad Lighting

Short Lighting