
Menjunjung Adat Perkahwinan – Part 1
Posting kali ini merupakan event penutup saya untuk tahun 2014 – Majlis Perkahwinan antara Lelawati & Izarul yang berlangsung di Kelana Jaya. Majlis akad nikah diadakan pada 27 Disember 2014 diikuti dengan majlis berinai pada malamnya dan majlis bersanding sehari kemudian iaitu pada 28 Disember 2014.
Apa yang dapat saya katakan tentang majlis ini ialah ianya penuh dengan adat perkahwinan tradisional nusantara – mungkin campuran antara adat pepatih (Negeri Sembilan) dan juga Jawa. Ianya dapat dilihat melalui pemilihan pakaian yang semuanya berunsur songket, perhiasan kepala, pelamin, dekorasi bilik tidur dan juga ruang pelamin, dekorasi di khemah tetamu, persembahan silat dan juga persembahan muzik.
Sebenarnya apabila saya sampai untuk cover fotografi majlis akad nikah saya dah teruja melihat ruang tamu rumah teres setingkat ini berubah seakan-akan istana Minangkabau. Kombinasi warna coklat tua dan juga kuning emas mewarnai ruang dengan pelamin yang begitu klasik. Ruang yang telah berubah wajah ini turut diiringi dengan dekorasi tepak sirih, keris serta konsul. Sekeliling ruang dipasang tirai coklat bagi menutup warna asal ruang.
Masuk sahaja untuk merakamkan gambar pengantin bersiap saya melihat pengantin perempuan (Lela) berpakaian kebaya songket. Memang jarang sekali saya lihat pengantin berpakaian kebaya songket untuk majlis akad nikah. Apa yang menarik sebelum upacara akad nikah ini diadakan istiadat pertunangan secara ringkas. Saya begitu tertarik dengan jurucakap dari sebelah Lela – Pakcik Abdullah – bapa saudara Lela dari Negeri Sembilan. Tutur katanya memang old skool habis. Dengan pantun yang begitu halus dan beradat. Tak guna skrip pulak tu. Terkedu jugak wakil pihak lelaki nak membalasnya. The best part bila Pakcik Abdullah ni mempelawa wakil lelaki untuk menjamah sirih pinang yang disediakan. Terkulat-kulatlah kena makan sirih. Nak ditolak tak boleh la pulakkan. Jadi pada sesiapa yang nak berkahwin dengan pasangan dari masyarakat yang kuat adatnya kena ready lah untuk makan sirih ya.
Oh ya! Berikut saya senaraikan antara yang terlibat untuk majlis ini:
- Solekan – Sanggar Masri Klasik
- Pelamin dan dekorasi – Sanggar Masri Klasik
- Pakaian akad nikah Lelawati – Bahari Asyek
- Pakaian akad nikah Izarul – MixModa
Bagi melihat lain-lain foto majlis akad nikah ini sila lawati facebook page NikHamidi Photography. Jangan lupa untuk membaca artikel seterusnya berkenaan malam berinai pengantin ini.