Fotografi Cincin Perkahwinan


  • Sumo

Dalam posting kali ini saya ingin memaparkan foto cincin perkahwinan yang dirakamkan dengan konsep makro fotografi. Ianya dapat memaparkan detail cincin pada jarak yang amat dekat dan jelas. Konsepnya adalah sama sepertimana anda melihat cincin menggunakan kanta pembesar.

Tentu ada yang bertanya kenapa saya tidak menggunakan makro fotografi pada setiap cincin perkahwinan yang saya rakamkan? Sebenarnya untuk mendapatkan foto makro terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira iaitu:

  1. Cahaya yang mencukupi – dalam apa jua fotografi cahaya merupakan faktor utama. Apatah lagi dalam makro fotografi yang memerlukan jarak fokus yang amat dekat antara lens dan subjek iaitu cincin. Cahaya yang mencukupi juga penting kerana aperture yang digunakan tidak boleh terlalu besar. Jika terlalu besar mungkin bahagian yang sharp di dalam gambar adalah terlalu sedikit.
  2. Waktu – merakamkan gambar secara makro memerlukan kesabaran yang sangat tinggi bagi mendapatkan imej yang sharp. Bagi imej cincin ini saya mengambil gambar dengan beberapa set-up dan juga sudut berbeza bagi mendapatkan imej yang diinginkan. Kalau tak silap saya spent masa sekitar 10 minit untuk 3 imej ini. Yang paling penting jurugambar kena la datang awal supaya ada cukup masa dan pengantin pula kena bersedia.
  3. Kreativiti – apa-apa imej pastinya memerlukan kreativiti. Bagi imej pertama saya menggunakan bantal mini sebagai latarbelakang, Imej yang kedua dan ketiga pula saya menggunakan Galaxy Note sebagai latar. Warna kemerahan terhasil dari pantulan warna dinding bilik pengantin pada skrin telefon tersebut.
  4. Peralatan -bergantung pada bajetlah. Kalau ada bajet lebih bolehlah beli dedicated makro lens yang banyak dipasaran. Antara yang ok ialah Nikon AF-S 85mm f/3.5G ED VR DX Micro, Tamron SP 90mm f/2.8 Di USD VC, Sigma 105mm f/2.8 Macro EX DG OS HSM dan Canon EF 100mm f/2.8L IS USM Macro Lens. Kalau bajet ciput pun boleh juga. Gunakan saja makro filter. Antara yang famous ialag Raynox.

Bagi sebarang pertanyaan untuk pakej fotografi perkahwinan, pertunangan, harijadi atau apa saja majlis boleh terus hubungi saya 017-3749707 atau 016-3937067.
IMG_5646 edtw
IMG_5659 edtw
IMG_5661 edtw