7 Fakta Dari Fotografi Perkahwinan Ilmi & Mas
1 likes
Alhamdulillah, untuk kali ini saya sekali lagi diberi kepercayaan oleh sepasang pengantin untuk merakamkan foto majlis perkahwinan mereka bermula dari majlis akad nikah, resepsi sebelah perempuan(kedua-duanya di Kuang, Selangor) dan juga majlis bertandangdi Sri Manjung, Perak. Saya tentunya amat teruja untuk merakamkan ketiga-tiga majlis mereka dalam foto.
Di sini ada beberapa perkara menarik yang saya ingin kongsikan tentang pengantin ini:
- Rumah pengantin perempuan adalah bersebelahan dengan Masjid Kuang. Rumah pengantin lelaki pula adalah berhampiran dengan surau di kawasan perumahan Seri Manjung. Alhamdulillah – senang nak berjemaah tu.
- Kedua-dua mereka merupakan penggemar dalam bidang modified kereta. Patutlah kereta mereka boleh tahan make overnya. Pengantin lelaki merupakan ahli kelab Myvi – masa bertandang ada konvoi Myvi.
- Pengantin lelaki ni (Mas) bila bergambar susah nak tengok kamera – maka itu banyak gambarnya tak tengok kamera.. hehe. Sorry ya Mas.
- Penduduk sekitar kawasan rumah pengantin perempuan kebanyakannya adalah saudara-mara belaka. Maka tak hairanlah riuh rendah dan meriah persiapannya bila semua turun padang.
- Keluarga Mas ni rupanya talented belaka. Bila menyanyi memang sedap-sedap suara mereka. Tak hairanlah bila bapa pengantin lelaki ni mendapat tepukan gemuruh bila membawa lagu Isabella.. power!!
- Pengantin lelaki menggunakan konsep yang menarik semasa majlis resepsi di Dewan Perdana Akademi Hevea Malaysia (RRIM) – bestmannya (pengiring lah tu) terdiri dari beberapa jejaka hensem yang memakai kemeja berpetak merah hitam. Kreatif jugak.
- Outdoor fotografi diadakan di Marina Island Resort – sebuah pulau buatan di Lumut. Ini merupakan pertama kali saya berpeluang mengadakan fotografi di sini. Nice place, nice view. Tak hairanlah ramai pengantin mengadakan fotografi mereka di sana.
Dahlah kot. 7 fakta aje yang sempat saya fikirkan. Apa-apa pun jom kita tengok gambar-gambar majlis perkahwinan mereka. Jika ingin menempah pakej fotografi perkahwinan dari kami boleh lihat pakej kami di link berikut: Pakej Fotografi Perkahwinan .