Fotografi Perkahwinan – Outdoor di Kg Kepayang


  • Sumo

Apabila selesai majlis perkahwinan, soalan yang sering keluar dari mulut pengantin dan juga jurugambar perkahwinan ialah, “Kat mana nak shoot outdoor?”. Jika jurugambar dah biasa dengan kawasan tersebut mudahlah dia mencari lokasi yang sesuai. Jika tidak terpaksalah bertanya pada pengantin. Tapi jangan terkejut, kerana ada juga pengantin yang tidak mengenali kawasan mereka sendiri. Mungkin ini disebabkan oleh dah lama tinggal di luar kawasan, baru berpindah ke situ ataupun memang tak suka keluar berjalan. Maka itu jurugambar kenalah membuat sedikit research untuk mendapatkan lokasi yang sesuai.

Fotografi perkahwinan yang saya paparkan pada kali ini telah diadakan Kg Kepayang, Simpang Pulai, Perak. Saya sebenarnya telah beberapa kali melalui kawasan Kg Kepayang ini dan amat tertarik dengan deretan bangunan kedai lama yang telah hampir ditinggalkan tanpa tuan. Cuma ada beberapa pintu kedai sahaja yang masih berpenghuni. Memang telah lama saya berhajat untuk melakukan outdoor photoshoot di situ. Maka apabila mendapat tugasan fotografi perkahwinan di sini saya memang telah menetapkan dalam hati untuk membawa pasangan pengantin ke sini.

Bila saya membawa pengantin ke lokasi tersebut mereka bagaikan tak percaya saya ingin membuat fotoshoot outdoor di deretan kedai yang usang. Saya yakinkan mereka ini merupakan lokasi yang hebat walaupun pada mata kasarnya nampak sangat teruk. Akhirnya kami meneruskan sesi di situ. Hasilnya memang seperti apa yang saya harapkan. Cuma saya tak berjaya menyakinkan mereka untuk masuk ke bahagian belakang kedai yang sudah dipenuhi akar-akar pokok. Pengantin perempuan takut. 🙂  Jadi kami cuma menghabiskan sesi di bahagian tepi dan depan kedai sahaja.

Inilah dia hasilnya dari fotografi perkahwinan tersebut.

IMG_6926 edt-w

IMG_6932 edt-w

IMG_6958 edt-w

IMG_0451 edt-w

IMG_0455 edt-w

IMG_0460 edt-w

IMG_0494 edt-w

IMG_0502 edt-w

IMG_0511 edt-w
Untuk pertanyaan tentang Pakej Fotografi Perkahwinan sila hubungi 017-3749707 atau 016-3937067