Fotografi Hari Jadi 3 Beradik – Fathnin, Syasya & Rayyan
Menjelang puasa ni saya banyak mendapat job fotografi bukan perkahwinan pulak. Antaranya majlis aqiqah, cukur jambul, fotoshoot portfolio dan juga majlis harijadi. Posting kali ini merupakan sekitar majlis harijadi untuk tiga beradik yang telah diadakan di K Club Taman Melawati. Birthday girls dan birthday boy adalah Fathnin (4 tahun), Syasya (3 tahun) dan Rayyan (1 tahun).
Nampaknya ibubapa mereka membuat persiapan rapi untuk majlis ini. Ini dapat dilihat dari segi dekorasi, door gift, table layout, makanan dan juga acara. Bersesuaian dengan majlis untuk anak-anak dan juga trend superhero terkini, majlis ini menampilkan watak-watak terkenal dari segi dekorasi iaitu Iron Man, Hulk, dan juga watak dari Disney iaitu Mickey & Minnie Mouse. Watak-watak ini ditampilkan pada hiasan meja, dekorasi kek dan juga props.
Bagi menghiburkan anak-anak tentunya tidak ketinggalan mr Clown dari Fuyoo Magic yang bernama Rara membuat persembahan. Antaranya adalah membuat belon, silap mata dan juga party games. Jika ada yang ingin menggunakan khidmatnya bolehlah hubungi beliau di facebook beliau iaitu Azu Iezuera.
Jika anda ingin menggunakan khidmat fotografi bagi majlis harijadi pula boleh terus menghubungi saya di 017-3749707.