Fotografi Perkahwinan – Majlis Bertandang Azie & Isma
Kali ini saya berpeluang cover majlis bertandang di Serendah, Selangor untuk pasangan Azie & Isma. Untuk sesi pertama iaitu make-up pengantin saya terus kerumah pengantin perempuan. Setibanya di sana nampaknya langit sudah mula gelap. Memang cuaca kebelakangan ini sering hujan terutama diwaktu petang. Pengantin dan keluarga mereka sebenarnya membuat langkah yang betul apabila mempercepatkan majlis ke pukul 12.30 tengah hari.
Namun begitu, kita cuma merancang. Tuhan yang berkuasa menentukan semuanya. Sebaik pasangan pengantin tiba di rumah pengantin lelaki, hujan turun begitu lebat. Terpaksalah kenderaan membawa pengantin berhenti betul-betul di depan kemah pengantin. Pengantin pula terpaksa memulakan perarakan dari bawah kemah. Namun begitu, tidak lama selepas itu hujan pun reda.
Dari segi temanya pengantin kali ini mengenakan warna pastel iaitu pink kusam digabungkan dengan silver – salah satu tema yang dikatakan intrend sekarang ni.
Seperti kebiasaan majlis bertandang, acaranya adalah ringkas. Tiada persandingan. Cuma ada acara makan beradab sahaja. Tetamu pula dihiburkan dengan deejay dan juga dendangan karaoke mereka-mereka yang sudi menyumbangkan suara.
Untuk sesi penggambaran outdoor kami agak keliru untuk memilih tempat. Ini disebabkan cuaca yang mula kelihatan mendung kembali. Tak banyak pilihan yang boleh dibuat. Kami juga tak mahu mengambil risiko penggambaran diganggu hujan. Saya mencadangkan agar kami ke pekan Rasa tidak jauh dari Bukit Beruntung. Ia adalah sebuah pekan kecil. Masih ada ciri-ciri kedai lama. Dan yang penting sekurang-kurangnya kami dapat terus bergambar walau jika hujan turun.
Saya terpaksa memerah idea dan menggunakan segala kreativiti yang ada bagi menghasilkan sesuatu yang menarik di situ. Bahkan saya terpaksa meminjam basikal seorang lelaki Cina yang sedang minum di kedai kopi berhampiran sebagai props. Mujurlah mereka yang sedang menikmati kopi di restoran tersebut semuanya sporting. Kami menghabiskan hampir sejam di pekan Rasa sebelum sesi outdoor fotografi ditamatkan.
Di sini saya kongsikan beberapa foto untuk tatapan anda semua. Jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan. Bagi yang berminat dengan hasil kerja saya dan ingin menempah pakej fotografi perkahwinan bolehlah menghantar pertanyaan anda kepada saya.