Selamat Datang 2013, Memori Indah 2012
Diam tak diam nampaknya kita dah pun masuk ke tahun 2013. Cepat betul rasanya masa berlalu. Baiklah, sebagai pembuka 2013 ni rasanya eloklah jika saya singkap kembali sorotan sepanjang tahun 2012 yang telah pun meninggalkan kita.
Kalender fotografi untuk tahun 2012 dibuka seawal 1 Januari 2012 dengan fotoshoot majlis resepsi untuk pasangan Azlyn dan Roslan. Pasangan ini telahpun melangsungkan akad nikah setahun sebelumnya, iaitu pada 31 Disember 2011.. hehe. Jadi bolehlah dikatakan pasangan ini sedang menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Tahniah diucapkan.
Assignment kedua 2012 ialah fotoshoot untuk majlis bertandang bagi pasangan Hisyam & Dr Nor Ashikin. Majlis berlangsung di Pusat Komuniti Taman Tun Dr ismail. Apa yang menarik, assignment kedua terakhir untuk tahun 2012 pula adalah majlis akad nikah dan juga resepsi untuk adik perempuan Hisyam iaitu Nur Hafizah dan pasangannya Farhan. Saya juga difahamkan seorang lagi adik beradik lelaki mereka turut melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun 2012. . Kiranya ibubapa mereka ni mendapat menantu di awal, pertengahan dan juga di akhir tahun 2012. Bertuah sungguh tiga kenduri kahwin dalam setahun untuk keluarga ini.
Satu lagi fakta menarik ialah tentang pemilihan warna persalinan pengantin. Warna yang paling popular ialah warna ungu/maroon dengan 5 pasangan memilih warna tema tersebut. Warna kedua paling popular ialah warna tema silver/kelabu yang menjadi pilihan 4 pasangan. Lain-lain warna tema perkahwinan yang menjadi pilihan ialah warna kuning (3 pasangan), warna putih susu (2 pasangan), warna hijau (2 pasangan) dan juga warna pink (2 pasangan). Warna putih pula tetap menjadi pilihan utama untuk majlis akad nikah. Manakala untuk majlis pertunangan pula warna-warna light tetap menjadi warna tema pilihan utama. Jika di awal tahun 2012 tema warna-warna pastel dijangka menjadi pilihan utama, namun trend tersebut tidaklah begitu menjadi kenyataan. Mungkin ianya agak lambat untuk diterima secara menyeluruh.
Jika di tahun-tahun sebelumnya kebanyakan tempahan fotografi banyak tertumpu di kawasan Lembah Kelang, tahun 2012 menyaksikan perkembangan yang agak berbeza. Agak mengejutkan juga apabila tempahan dari luar Lembah Kelang mencatatkan sebanyak 55% dari keseluruhan job pada tahun 2012. Mendahului senarai untuk job dari luar adalah di Seremban, diikuti dengan Temerloh.
Tahun 2012 juga menyaksikan pelancaran blog fotografi perkahwinan saya iaitu www.nikhamidi.com. Blog ini dilancarkan pada bulan Februari 2012. Objektif utamanya adalah sebagai online galeri saya disamping menjadi ruang untuk saya menulis tentang majlis perkahwinan. Dengan permulaan yang agak perlahan, blog ini mencatat kurang dari 500 pengunjung pada 2 bulan pertama. Jumlah ini mula meningkat sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, pada bulan November dan Disember jumlah pengunjung telah melebihi 11,000 sebulan. Semoga jumlah ini akan terus meningkat.
Harapan saya di tahun 2013 adalah untuk terus produktif. Semoga terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk terus menghasilkan foto perkahwinan terbaik. Bagi yang ingin mendapatkan sebutharga pakej fotografi perkahwinan bolehlah mengisi online form. Anda juga boleh menghantar e-mail terus kepada nikhamidi@gmail.com atau pun sms/call 017-3749707 / 016-3937067.