Fotografi Perkahwinan – Izzati & Ridhwan


  • Sumo

Job fotografi perkahwinan untuk Izzati & Ridhwan ini merupakan job pertama saya sebaik tamat Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Namun kerana kesibukan yang teramat sangat baru sekarang saya sempat memasukkannya ke dalam blog ini. Upacara perkahwinan ini berlangsung di Ipoh, Perak. Oleh kerana saya beraya di Kota Bharu, Kelantan saya bergerak terus dari Kota Bharu ke Ipoh melalui Lebuh Raya Timur Barat. Alhamdulillah semua perancangan perjalanan berlaku dengan baik.

Sebaik tiba di Ipoh kami terus check-in di Abby Hotel di Persiaran Klebang, Ipoh (hotel ini tidak ada kena mengena dengan Abby Abadi). Akad nikah akan diadakan selepas Isyak. Jadi ada banyak masa untuk berehat-rehat dulu. Petang tu Ipoh hujan lebat la pulak. Risau jugak kalau melarat sampai ke malam. Tapi nasib baik hujan berhenti menjelang maghrib.

Untuk job akad nikah saya tidak berseorangan kerana rakan-rakan cinematografi dari Pixelworks iaitu Radzi dan Tan Sri (nama gelaran tu!) turut serta. Untuk akad nikah pasangan pengantin mengenakan pakaian warna peach. Ahli keluarga pengantin perempuan pula berpakaian biru muda manakala BFF pula berpakaian peach terang seakan oren. Acara akad nikah berjalan penuh lancar tanpa sebarang masalah.

Keesokan harinya pula berlangsung acara resepsi di lokasi yang sama iaitu di rumah pengantin perempuan. Kali ini temanya pula adalah purple/maroon. Ini dapat dilihat pada beg cenderamata, lapik meja, cadar dan hiasan bilik pengantin. Ahli keluarga pengantin perempuan pula mengenakan persalinan kelabu.

Antara peristiwa menarik dalam majlis ini ialah apabila pada suatu masa tiba-tiba terasa macam majlis diserbu oleh sebuah bas. Ini apabila rakan-rakan sekolah Izzati tiba-tiba datang serentak beramai-ramai. Tiba-tiba aje penuh depan pelamin.

Seperti biasa fotografi perkahwinan ditutup dengan sesi outdoor photoshoot. Kali ini lokasi pilihan adalah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Satu lokasi yang cantik dan menarik. Terletak kira-kira 5km dari pusat bandaraya Ipoh kawasan rekreasi ini berlatarbelakang sebuah tasik yang agak besar dan juga bukit-bukit batukapur. Ianya memberikan panorama yang cukup indah. Apa yang menarik ialah di tengah-tengah tasik ini terdapat pula taman yang menempatkan zoo mini, menara tinjau dan juga taman permainan. Untuk ke kawasan ini pengunjung boleh menaiki bot dengan bayaran antara RM1.50 (kanak-kanak) hingga RM3 (dewasa) bagi perjalanan dua hala. Bot ini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

Di sini saya hidangkan beberapa keping foto untuk tatapan semua. Bagi yang berminat untuk mendapatkan pakej fotografi dari saya bolehlah menghubungi saya melalui sms 017-3749707 / 016-3937067. Pakej dua majlis bermula dari harga RM1200 (Akad Nikah + Sanding).

IMG_4799 editedw

IMG_4856 editedw

IMG_4898 editedw

IMG_4139 editedw

IMG_4297 editedw

IMG_5209 editedw

IMG_4335 editedw

IMG_5247 editedw

IMG_5279 editedw

IMG_8332 editedw

IMG_8413 editedw

IMG_8426 editedw

IMG_8447 editedw

IMG_8498 editedw

IMG_8508 editedw

Anda digalakkan untuk berkongsi post ini dengan rakan-rakan melalui butang perkongsian sosial di bawah.