Fotografi Perkahwinan: Majlis Bertandang Hafiz & Idayu
Kali ini siri fotografi perkahwinan akan ke Puncak Alam. Sebelum ini saya pernah poskan tentang majlis resepsi Idayu & Hafiz. Jika ketinggalan bolehlah mengikutinya di SINI.
Seperti biasa tugas pertama untuk fotografi perkahwinan adalah untuk membuat fotoshoot pengantin bersiap. Persiapan dijalankan disebuah butik pengantin berhampiran. Setelah mendapatkan beberapa shot saya terus ke rumah pengantin untuk standby dan mengambil gambar kaum keluarga, sanak saudara serta tetamu. Pada hari ini kaum keluarga Hafiz memakai pakaian bertemakan biru muda. Warna biru muda turut digunakan pada dekorasi serta cenderamata.
Rombongan pengantin tiba lebih kurang pukul 12.45 tengahari. Mereka terus dibawa ke meja santapan untuk menjamu selera. Selesai makan pengantin masuk ke rumah untuk bergambar bersama ahli keluarga di pelamin. Kemudian diadakan pula upacara ringkas memotong kek. Sempatlah juga mereka saling suap-menyuap kek.
Seperi biasa, setelah semua acara selesai kami pun keluar untuk fotografi outdoor. Oleh kerana kurang arif dengan kawasan ini saya serahkan kepada Hafiz untuk memilih lokasi.
Cabaran yang amat ketara untuk fotografi outdoor kali ini adalah cuaca. Ya, cuaca yang teramat terik. Ia menyebabkan mata pengantin mengalami kesukaran untuk dibuka besar. Disamping itu banyak bayang yang ketara – namun masalah ini boleh diatasi dengan fill flash. Namun cuaca begini ada juga kelebihannya iaitu – warna langit sangat menarik; tekstur awan yang cantik serta sesuai untuk fotoshoot backlighting dan juga penggunaan creative flare.
Sesi fotografi outdoor dihentikan setelah penat berhempas pulas dan sebelum pengantin basah lencun akibat peluh. Sekarang mari kita layan gambar.
Share lah dengan kawan-kawan dan sanak saudara ya! Sharing is caring is loving!
Foto dan editing oleh:
Nik Hamidi (017-3749707 / 016-3937067)
Principal Photographer Pixelworks Studio (Damansara)