Fotografi Perkahwinan: Jasrul & Suriaty (Part 2 – Resepsi)


  • Sumo

Sebelum ini saya ada membuat posting tentang fotografi perkahwinan (akad nikah) pasangan Jasrul & Suriaty yang diadakan di Masjid KLCC. Kali ini kita sambung bahagian kedua pulak iaitu fotografi untuk resepsi mereka yang diadakan pada hari yang sama.

Majlis resepsi diadakan di Dewan Sejarah, Jalan Tun Razak iaitu bersebelahan dengan Hospital Pusrawi dan juga Hotel Putra. Pengantin bersiap di Hotel Putra.

Untuk majlis resepsi kali ini pengantin menampilkan warna merah sebagai tema. Sebenarnya tak ramai yang berani menggunakan tema merah kerana ia merupakan satu warna yang dominan. Tapi kalau kena gayanya dan pandai membuat penyesuaian ianya sangat menarik. Saya sendiri amat tertarik dengan tema perkahwinan merah ini yang mana ianya dipadankan dengan warna putih.

Pasangan pengantin sendiri mengenakan pakaian berwarna putih manakala ahli keluarga terdekat mengenakan pakaian merah.

Selesai upacara rasmi majlis resepsi kami terus bergerak ke Taman Tasik Titiwangsa untuk sesi fotografi outdoor pula. Turut mengiringi adalah teman-teman rapat yang setia bersama sejak dari awal pagi lagi. Two thumbs up to all of you gals!!

So apa kata kita layan foto kahwin mereka.
416 edit1

432 edit1

876 edit1

Siapa kata tema merah susah nak ngam – cuba tengok ni. Cantik kan??

466 edit1

472 edit1

Cuba lihat kerusi makan serta cenderamata perkahwinan yang mengekalkan warna tema merah. Bijak mereka menyesuaikan warna.

943 edit1

955 edit1

Inilah dia orang-orang kuat majlis ini. BFF!

995 edit1

098 edit1

115 edit1

153 edit1

165 edit1

Lihatlah pose-pose romantik mereka di Taman Tasik Titiwangsa. Terimakasih Jasrul dan Suriaty. Both of you are great couple to work with! p/s – berita terbaru yang saya terima ialah Suriaty sekarang tengah teruk uwek uwek! Tahniah dari kami!

Dan jangan lupa ..macam biasa. Share kan dengan kawan-kawan anda ya.

Fotografi dan editing oleh: Nik Hamidi
Principal Photographer untuk Pixelworks Studio
6017-3749707 / 6016-3937067