Fotografi Perkahwinan – Jasrul & Suriaty (Part 1: Akad Nikah)


  • Sumo

Fotografi perkahwinan yang saya liputi pada kali ini agak memenatkan kerana upacara akad nikah dan juga resepsi dijalankan pada hari yang sama. Seawal jam 7.30 pagi saya bersama-sama dengan team cinematografi dari Pixelworks Studio yang diketuai oleh saudara Nizam sudah pun berada di Hotel Putra, Jalan Tun Razak. Ini bagi membolehkan kami membuat liputan pengantin bersiap. Seawal pagi itu juga saya lihat teman-teman Suriaty sudah datang memberikan bantuan dan sokongan padu. Kebanyakan mereka adalah rakan-rakan belajar dan juga teman sekerja beliau.

Setelah mendapatkan beberapa keping foto pengantin bersiap kami bergerak ke Masjid As-Syakirin, KLCC pada pukul 8.30 pagi. Ini bagi membolehkan kami sampai ke lokasi sebelum akad nikah bermula. Akad nikah dijadualkan bermula jam 9.00 pagi.  Tak lama selepas kami tiba, pengantin perempuan bersama-sama dengan pengiring-pengiringnya tiba dengan membawa dulang berisi barang hantaran.

Ternyata pegawai nikah di masjid KLCC memang menepati masa. Tepat seperti waktu yang dijanjikan upacara akad nikah pun bermula. Jasrul yang walau pun ada kelihatan sedikit gementar tetapi alhamdulillah tiada masalah untuk melafazkan ijab kabul. Seperti biasa selesai sahaja akad nikah diadakan pula lafaz taklik, penyerahan wang hantaran dan maskahwin, serta acara menyarungkan gelang tangan dan cincin. Majlis pada pagi ini agak pantas dan pendek, mungkin kerana selepas itu akan diadakan pula majlis resepsi. Saya terpaksa meminta pengantin dan pengiring untuk tidak pulang dulu ke hotel. Ini bagi membolehkan saya mendapatkan beberapa foto bagi majlis akad nikah ini di perkarangan masjid.

Panjang pulak tulisan saya kali ini. Baiklah! Sekarang jom kita layan foto kahwin mereka. Feel free to share this with your friend through the sharing button on this page.

Sebarang pertanyaan berkenaan pakej fotografi bolehlah menghubungi saya di Pixelworks Damansara melalui nombor 017-3749707 atau 016-3937067.

Bagi pakej cinematografi pula anda boleh hubungi rakan saya saudara Radzi di Pixelworks Shah Alam melalui nombor 012-2224307.

 
422 edit1

416 edit1

670 edit1

818 edit1

837 edit1

379 edit1

383 edit1

392 edit1

848 edit1

Ikuti pula bahagian kedua iaitu fotografi bagi majlis resepsi mereka yang meriah dengan warna merah yang akan menyusul dalam posting akan datang.