Bunga Tangan Perkahwinan


  • Sumo

Jika anda perhatikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan mahu pun pertunangan pastinya anda akan sering melihat pengantin perempuan dibekalkan dengan bunga tangan atau orang putih panggil hand bouquet. Selain dari elemen-elemen pada pakaian anda, perhatian harus juga diberikan kepada bunga tangan ini kerana ianya memainkan peranan yang amat besar pada penataan diri anda. Fungsi utama bunga tangan ini adalah ianya mampu meningkatkan keceriaan kepada pengantin. Selain itu dengan adanya bunga tangan ini, ia dapat meningkatkan mood pada majlis itu.

 

Dalam memilih bunga tangan yang bersesuaian ada beberapa aspek yang harus diambil kira. Aspek-aspek tersebut adalah warnanya, bentuk serta saiznya dan juga jenis bunga.

 

Warna bunga tangan hendaklah bersesuaian dengan warna tema perkahwinan dan juga pakaian mempelai itu sendiri. Carilah warna yang seiringan dengan keseluruhan pakaian pengantin tapi jangan serupa pula! Jika sama warna dengan pakaian maka tidak akan nampaklah elemen bunga ini. Elakkan juga warna bunga tangan yang terlalu kontras dengan pakaian. Jika ingin lebih menarik anda boleh cuba gabungkan dua atau tiga warna yang hampir sama. Tapi janganlah terlalu banyak warna hingga menjadi cacamarba pula.

 

Nak pilih warna terang atau warna lembut? Jika boleh elakkan warna yang terlalu terang. Juga elakkan warna floresen. Ia akan membuatkan pengantin nampak agak garang. Warna lembut tentunya lebih sesuai. Ia akan menampakkan anda lebih lemah-lembut dan pastinya lebih ayu.

 

Bentuk bunga tangan pula biasanya agak simple. Jambangan ini dibentuk dengan menggabungkan beberapa kuntum bunga dengan tangkai yang sederhana panjang. Tangkainya biasa akan diikat dengan reben yang dilepaskan sederhana panjang. Warna reben juga memainkan peranan penting dalam membentuk jambangan yang menarik. Jambangan yang dibentuk ini janganlah terlalu besar hingga menenggelamkan pengantin pula. Pastikan juga ikatannya kemas kerana anda pastinya tidak mahu bunga tangan ini terlerai ketika majlis berjalan.

 

Bagaimana pula halnya dengan jenis bunga? Adakah anda inginkan bunga asli atau bunga tiruan? Jika dibuat perbandingan sudah tentulah bunga asli jauh lebih menarik. Tapi harus diingat dari segi bajet sudah tentulah ianya lebih mahal dari bunga tiruan. Penjagaannya juga harus diambilkira agar bunga tersebut tidak layu. Biasanya bunga asli ini akan dibiarkan terendam di dalam air sebelum digunakan. Apabila hendak digunakan sila pastikan ianya dilap dengan kering air pada tangkai ditoskan agar tidak membasahkan pakaian pengantin. Bunga asli yang biasa digunakan adalah seperti ros (mawar), tulip, lily, daisi dan juga orkid.

 

Bunga tiruan pula lebih murah harganya. Ianya biasa diperbuat dari plastik atau pun kain. Tapi harus juga diingat bahawa murah tu tak semestinya tak cantik. Kalau kena gayanya ianya tetap akan tampak menarik. Ada juga penggubah yang mahir mengadunkan bunga asli dengan elemen-elemen lain seperti kristal, manik dan reben.

 

Diharap posting ini dapat membantu anda membuat pilihan bunga tangan yang sesuai. Namun begitu haruslah diingat, apa yang ditulis di atas bukanlah satu peraturan. Ia hanyalah satu panduan. Panduan pun kadang-kadang jika diingkari boleh membuahkan hasil yang baik juga. Ini semua terpulang kepada daya kreativiti dan imaginasi anda. Apa-apa pun mari kita layan foto kahwin!!
IMG_8080 editedw

IMG_7357 editedw

IMG_3376 edited 2

IMG_3867 edited

IMG_4644 edited

IMG_0650 editedw

Kus_Nisa_ (484) editw

IMG_9449 editw

IMG_4761 edited

IMG_1087 editedw

IMG_1298 edited

IMG_1101 w

 

So? Dah dapat idea bunga tangan anda? Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda tanpa sebarang bayaran. Its FREE sharing. Sebahagian dari khidmat masyarakat saya. Hanya klik link di bawah untuk berkongsi!

 

Oleh: Nik Hamidi, Principal Photographer at Pixelworks Photography (Pixelworks Damansara)

Tel: 017-3749707 /016-3937067