Warna Tema Perkahwinan
Warna tema perkahwinan merupakan satu perkara yang paling penting bagi setiap majlis perkahwinan. Sebelum apa-apa persiapan dibuat warna tema perlulah ditentukan terlebih dahulu. Setelah keputusan tentang warna tema dimuktamadkan barulah persiapan-persiapan lain boleh ditentukan iaitu seperti warna pelamin, pakaian, hiasan bilik tidur, hiasan dewan, set meja makan, cenderamata, kad jemputan dan sebagainya.
Warna tema sebenarnya adalah asas untuk sesuatu majlis sahaja. Ia perlulah dipadankan dengan kombinasi warna lain yang sesuai supaya kelihatan lebih menarik. Kombinasi warna biasanya boleh dibuat dengan cara contrast (bertentangan) atau pun complimentary (harmoni). Sila lihat posting tentang Roda Warna untuk keterangan lanjut tentang warna harmoni dan bertentangan.
Tujuan posting kali ini bukanlah untuk memberi tunjuk ajar kepada pengantin tentang pemilihan warna tema. Ia juga bukan satu posting untuk memberitahu apa trend tema terkini. Posting ini sekadar untuk menunjukkan beberapa kombinasi warna tema yang telah digunapakai. Jika mengikut basic rule, biasanya warna yang digunakan adalah lembut (pastel, mute color, light – macam-macam term digunakan). Tapi seperti juga dalam fotografi, rules are mend to be broken. Persoalannya ialah samada anda berani untuk menongkah arus bagi mendapat hasil yang berlainan atau tidak?
Apa-apa pun cuba kita lihat kombinasi warna tema yang sempat saya kumpulkan untuk dijadikan panduan kepada bakal-bakal pengantin yang masih tercari-cari warna tema perkahwinan.
Warna merah jambu atau pink merupakan satu warna yang agak popular. Namun kebiasaannya warna pink yang digunakan adalah agak lembut agar mudah diimbangi. Warna shocking pink yang agak garang dan terang seeloknya dielakkan. Jika digunakan pun mungkin untuk diselitkan secara sedikit dihiasan bunga pelamin atau pun pintu gerbang.
Warna pink juga sesuai dipadankan dengan warna navy blue, brown mahu pun orange.
Sementara itu bagi anda yang sukakan warna kelabu pula apa kata anda cuba adunkan warna ini dengan warna kuning.
Cuba lihat pula warna tema perkahwinan biru yang digabungkan dengan silver ini. Menarikkan?
Anda juga boleh cuba menggabungkan warna brown dan purple dalam satu tema. Jika kena gayanya kombinasi dua warna akan menampilkan satu tema yang cukup harmoni.
Warna tema perkahwinan yang seterusnya yang ingin saya tunjukkan kali ini adalah gabungan hitam dan merah. Ramai juga yang telah menggunakan warna tema ini untuk perkahwinan mereka sebenarnya – yang paling famous dulu ialah Ekin & Mawi.
Dan akhir sekali jangan lupakan warna hijau. Tema perkahwinan dengan warna hijau ini pun menarik juga bagi mereka yang sukakan keharmonian dan ketenangan.
Semoga warna-warna tema perkahwinan yang saya paparkan kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari idea untuk tema perkahwinan anda nanti. Apakah pilihan anda agaknya? Saya mengalu-alukan sebarang respond/maklumbalas dari anda tentang warna tema perkahwinan ini.