Fotografi – Kegunaan Roda Warna Dalam Fotografi
Foto yang cantik banyak terhasil dari kombinasi warna kena pada tempatnya. Memahami kedudukan sesuatu warna di dalam roda warna dapat membantu penghasilan imej yang menarik. Ini terhasil dari kombinasi warna yang digunakan – menentukan sama ada sesuatu imej itu adalah lebih garang atau tampak lebih halus.
Jika dua warna berada pada kedudukan yang bertentangan di dalam roda warna, ia akan menghasilkan imej yang berintensiti tinggi dan menarik. Contohnya, gabungan antara warna kuning dan biru sangat menarik kerana kedudukan mereka yang bertentangan. Ia akan menghasilkan kontra yang tinggi kerana kuning adalah warna paling terang manakala biru adalah paling gelap.
Jika dua warna berada pada kedudukan bersebelahan di dalam roda warna, ia akan menghasilkan kombinasi yang agak harmoni. Jika imej anda berasaskan pada warna ini ia akan menjadikan gambar lebih lembut dan harmoni.
Selain itu, penggunaan cahaya juga memainkan peranan dalam pembentukan warna. Cahaya yang tidak dipancarkan terus pada objek akan menghasilkan imej yang lebih lembut dan harmoni. Penggunaan cahaya yang lebih terus pula menghasilkan imej yang lebih berani dan kuat warnanya.
Jadikan fotografi anda lebih menarik melalui penggunaan roda warna.