Majlis Perkahwinan Nuri & Izwan
Perkahwinan Nuri & Izwan ini telah pun berlangsung pada 10 March 2012 – Akad Nikah dan Resepsi diadakan serentak pada hari yang sama.
Job ini sebenarnya hanya confirm beberapa hari sebelum majlis berlangsung. Kebetulan pada masa yang sama seorang lagi customer turut ingin membuat tempahan. Dan atas dasar first-come-first-serve maka saya akhirnya mengambil job ini.
Majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Salehudin Al-Ayubi Taman Melati pada pukul 10.00 pagi. Majlis akad nikah agak ringkas dan pantas kerana masing-masing rushing untuk bersiap bagi majlis resepsi pula. Namun begitu saya sempat juga mengambil beberapa keping gambar pengantin di dalam dan juga di laman masjid. Turut serta beberapa kenalan rapat pengantin.
Selesai sahaja sesi fotografi pengantin bertukar kepada pakaian untuk resepsi pula. Majlis resepsi diadakan di dewan yang turut terletak di dalam kawasan masjid. Tetamu mula datang pada pukul 12.00 tengahari.
Untuk majlis resepsi, pengantin mengenakan pakaian berwarna maroon. Pakaian Nuri dilengkapi dengan corak-corak berwarna putih. Memang cantik! Izwan pula memakai pakaian ala nehru jeket tanpa sampin dan tengkolok. Memang sekarang dah jadi trend pengantin lelaki berpakaian begitu – simple dan ringkas.
Selesai majlis resepsi dan menunaikan solat zohor kami bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa untuk sesi outdoor photography. Sesi pada kali ini turut disertai oleh beberapa rakan-rakan pengantin dan juga adik-adik Nuri.
Sudah agak lama rasanya saya tidak membuat photoshoot di sini. Tapi seperti biasa, lokasi ini tidak pernah mengecewakan untuk menghasilkan gambar yang saya inginkan. Tidak hairanlah ketika kami sampai ada lagi 2 atau 3 pasangan pengantin yang menjalani outdoor photography di situ.
Nuri pada mulanya agak kekok untuk berposing di depan kawan-kawan Izwan yang suka mengusik. Tapi lama-kelamaan dia dapat memberikan pose-pose seperti yang saya inginkan. Dan hasilnya memang saya amat berpuas hati. Lihatlah hasilnya..
Terimakasih kepada semua yang terlibat – tuan punya superbike, tuan punya angrybird yang menjadi maskot pada petang itu, rakan-rakan yang bersusah payah cari ranting kayu untuk membulatkan tanglung yang framenya tertinggal!
Fotografi & Editing: Nik Hamidi
Partner/Principal Fotografer: Pixelworks Photography
Tel: 6017-3749707 / 6016-3937067