Fotografi Perkahwinan – Penyeri dan Pemeriah Majlis


  • Sumo

Dalam sesuatu majlis perkahwinan pastinya ramai kaum keluarga, saudara-mara dan juga sahabat handai yang datang. Sebagai jurugambar yang sering merakamkan majlis perkahwinan kami sebenarnya amat teruja dan gembira dengan kehadiran mereka yang ramai ini.

 

Bagi jurugambar seperti kami, mereka inilah yang biasanya akan memberikan suntikan yang dapat menambahkan lagi keceriaan majlis. Tambahan lagi jika mereka ini tampil dengan karekter yang lucu, ceria, peramah dan mesra. Ia sebenarnya memudahkan lagi tugas jurugambar. Tetapi jurugambar haruslah bijak untuk mengenal pasti watak-watak ini.

 

Dalam sesuatu majlis perkahwinan ada beberapa kumpulan penting yang sering saya kenal pasti :

  • Teman-teman rapat pengantin. Biasanya mereka akan berada di bilik pengantin ketika pengantin sedang bersiap dan bersolek. Di waktu bersolek inilah sebenarnya jurugambar boleh break the ice untuk mengenal pasti rakan-rakan yang sporting. Ini dapat dilakukan dengan berbual-bual semasa bekerja, menghalakan lens kepada mereka dan seterusnya mengambil gambar mereka. Biasanya mereka ini mudah memberikan kerjasama. Mereka ini juga sentiasa memberikan kerjasama untuk aksi-aksi terancang seperti membaling bunga, aksi-aksi kandid, melompat dan sebagainya.
  • Adik beradik serta sepupu pengantin – ini bergantung kepada sejauh mana keakraban hubungan adik-beradik tersebut. Bagi yang rapat ianya dapat dilihat melalui perbualan dan juga gurauan mereka. Tambah menarik lagi jika mereka ini mengenakan baju yang mengikut tema. Ia dapat menambahkan lagi keseragaman dan seterusnya mencantikkan lagi foto perkahwinan. Cuba terjemahkan keakraban ini ke dalam fotografi.
  • Ada juga dimajlis-majlis perkahwinan yang pernah saya rakamkan foto mereka, pakcik-pakcik serta makcik-makcik pengantin turut memainkan peranan menghidupkan lagi suasana. Ini jika mereka-mereka ini suka membuat kelakar dan sering bergurau-senda antara satu sama lain. Suasana gurau-senda ini harus diterjemahkan ke dalam foto. Juga jangan terkejut jika pakcik dan makcik ini sangat sporting memberikan pose yang diminta oleh jurugambar.
  • Anak saudara pengantin – mereka ini, terutama yang masih kecil akan memberikan perspektif yang berbeza dalam fotografi perkahwinan. Dengan pelbagai watak dari yang agak kemalu-maluan, nakal, hiperaktif, suka ketawa, sering menangis – semuanya dapat memberi berbagai impak kepada foto. Cuma kadang-kadang agak sukar untuk memberi arahan kepada mereka untuk melakukan sesuatu aksi yang seragam. Biasanya aksi-aksi yang baik untuk mereka adalah lebih spontan dan kandid.

 

Kumpulan-kumpulan di atas terutama sahabat handai dan juga adik-beradik pengantin kadang-kadang setuju dan gembira untuk mengikut pengantin membuat sesi outdoor photography. Ini dapat memberikan satu lagi perspektif yang amat menarik untuk outdoor photography. Ia dapat menjadikan sesi outdoor photography lebih ceria dan lebih bervariasi.

 

Jadi kepada bakal-bakal pengantin yang telah pun menempah pakej fotografi perkahwinan dengan kami, bolehlah membantu kami mengenal pasti kumpulan di atas. Mereka ini akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana yang gembira dan santai dihari bersejarah anda nanti. Kalau boleh minta mereka tunggu untuk  menyertai sesi outdoor photography jika mereka dapat meluangkan masa.

 

Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan unsur-unsur keceriaan dan keakraban yang telah saya sebutkan di atas.

 

Bagi sebarang pertanyaan tentang pakej fotografi perkahwinan kami sila isikan maklumat di ruangan Contact Us. Kami juga mengalu-alukan sebarang maklum-balas tentang posting ini. Sila tinggalkan maklumbalas anda diruang yang disediakan dibawah.