© Copyright 2016
NikHamidi Photography

Foto Kahwin – Hasri & Syikeen di Bukit Goh, Kuantan (Part 1)


  • Sumo

Agak lama jugak rasanya saya tak menulis tentang majlis perkahwinan yang saya liputi. Kalau ikutkan memang banyak yang nak dikongsikan bukan saja tentang foto kahwin bahkan juga tentang kisah-kisah tersirat disebalik sesuatu majlis perkahwinan yang saya menjadi jurugambarnya.

Kali ini saya akan membawa anda semua ke Bukit Goh, Kuantan untuk mengikuti kisah majlis perkahwinan pasangan Hasri & Syikeen. Syikeen menempah perkhidmatan fotografi saya melalui internet sahaja. Memang langsung tak pernah berjumpa. Terimakasih diucapkan atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan.

Semasa berurusan saya diberitahu penginapan akan disediakan di asrama, Akademi Latihan Felda (ALAF), Bukit Goh. Alamak, bisik saya dalam hati. Takkan nak kena duduk kat asrama kot? Tentu tak best ni.

Pada hari yang ditetapkan saya pun bertolak dari Kuala Lumpur. Kali ini satu keluarga ikut kebetulan dengan cuti sekolah. Kami singgah dulu di rumah ibubapa saya di Temerloh. Di Temerloh anak saya yang sulung ambil keputusan tak nak ikut dan tinggal di rumah neneknya. Ni mesti sebab dia rasa tak seronok untuk bermalam di asrama agaknya.

Selesai makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Bukit Goh. Dari Temerloh ke Bukit Goh melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) memang pantas – hanya mengambil masa 1 jam setengah sahaja pada kelajuan yang sederhana. Kami tiba di ALAF pada pukul 3.30 petang. Setibanya di sana videographer Adi dari Weddingwave.tv bersama dengan Azrul telahpun menunggu. Saya pun mengambil kunci bilik untuk memasukkan barang-barang.

Wah! Nampaknya jangkaan saya tentang `asrama’ ini ternyata meleset. Asrama Akademi Latihan Felda, Bukit Goh ini bukanlah asrama biasa. Ianya merupakan satu asrama yang lengkap sebagai pusat latihan kakitangan Felda. Bilik asramanya mempunya kemudahan seperti hotel. Kawasan persekitarannya juga cantik – dilengkapi dengan kemudahan surau, dewan makan, gelanggan sukan dan sebagainya. Terdapat juga kemudahan wi-fi secara percuma – at least dapat mengurangkan kebosanan anak-anak dan isteri saya.

Malangnya, akibat waktu yang agak suntuk saya tak sempat merakamkan foto bilik asrama ini.

Berbalik kepada majlis perkahwinan ini, akad nikah dijalankan selepas solat Isyak di surau ALAF. Majlis ini melibatkan dua pasangan pengantin – Syikeen serta adik perempuannya dan pasangan masing-masing. Jadi keadaan di dalam surau agak padat. Pasangan Syikeen dan Hasri terlebih dulu dinikahkan. Mereka sah bergelar suami isteri hanya dengan satu lafaz sahaja.  Seperti biasa selesai upacara akad nikah, pengantin melafazkan taklik, diikuti solat sunat. Kemudian diadakan upacara menyerah mas kahwin serta membatalkan wuduk. Dan tak sahlah kalau tak ada jamuan makan.

Malam itu saya akhiri dengan melakukan sedikit photoshoot pengantin di sekitar ALAF. Kali ini saya mengutarakan konsep yang lebih low lighting dan menggunakan ambient light sahaja. Nak tengok macam mana hasilnya bolehlah lihat gambar-gambar di bawah ini.  Jangan lupa kongsikan pengalaman ini dengan rakan-rakan anda. Tak kena bayar pun kan…
Shikeen&Hasri-01 058 edit1

Shikeen&Hasri-01 067 edit1

Shikeen&Hasri-01 102 edit1

Shikeen&Hasri-01 105 edit1

Shikeen&Hasri-01 106 edit1

Shikeen&Hasri-02 054 edit2

Shikeen&Hasri-01 166 edit1

Shikeen&Hasri-01 179 edit1

Shikeen&Hasri-01 199 edit1

Shikeen&Hasri-02 085 edit2

Shikeen&Hasri-01 259 edit1

Shikeen&Hasri-01 275 edit1

Shikeen&Hasri-01 281 edit1

Shikeen&Hasri-01 291 edit1

Sebarang pertanyaan tentang pakej bolehlah hubungi saya di 6017-3749707 atau 6016-3937067.